January 04, 2011

Keputusan Datuk Dr Jeffery Sudah Diduga

Keputusan Datuk Dr Jeffery Kitingan meletakkan jawatan tertinggi dalam kepimpinan PKR sudah diduga sekian lama, setelah mengikuti senerio yang berlaku dalam kepimpinan PKR yang kian rapuh samada diperingkat negeri maupun nasional. Usaha beliau banyak mencuba menyertai parti - parti politik lain namun citarasa yang ingin dinikmatinya tidak ke temu jua. Persoalannya sekarang adakah Dr Jeffery lebih efektif untuk mengemudi badan NGO yang baru ditubuhkan atas nama United Borneo Front ini dapat mencapai matlamat dan asprasi yang dicita-citakannya selama ini? maka sama-samalah kita menyaksikan kelibat beliau selepas ini.

Secara peribadi saya membuat kesimpulan penglibatan Datuk Dr Jeffery dalam politik selama ini, bukanlah sehebat mana seperti jangkaan setengah-tengah pihak atau pengikut setia beliau. Boleh dikatakan penyertaan beliau sebelum ini dalam parti lokal seperti AKAR, PBS, PBRS dan cubaan menyertai UMNO tetapi tidak diterima, akhirnya menyertai PKR dan kemudiannya keluar adalah seorang politikus yang kurang mahir membuat jangkaan apa yang berlaku akan datang. Ini memeperlihatkan beliau tidak konsisten dalam perjuangan beliau selama ini.

Berdasarkan pengamatan saya dalam apa pun kenyataan dan perancangan Datuk Dr Jeffery untuk negeri dan rakyat Sabah, boleh dikatakan bahawa beliau boleh menjadi seorang aktivist kemasyarakatan yang baik dan perancang pembangunan ekonomi untuk membangunkan masyarakat secara amnya, tetapi bukan seorang ahli politik yang efektif.

People who read this post also read :



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved