January 17, 2011

Mengapa Pekerja Di bawah Umur Dibenarkan Bekerja?

Kemalangan di tempat kerja di sebuah restoran yang terletak di Jalan Gaya baru-baru ini, yang mengakibatkan tangan telah dilumat oleh pengesar daging, adalah amaran kepada majikan yang begitu ghairah mengambil pekerja di bawah umur. Bayangkan sahaja mangsa ini baru berusia 14 tahun. Persoalan saya adakah mangsa tersebut berdaftar dengan Jabatan Buruh atau dilindungi oleh Perkeso atau insuran?.

Apabila kita berkunjung kemana-mana permis perniagaan samada kedai runcit atau restoran, boleh dikatakan kebanyakan majikan mengambil pekerja di bawah umur, lebih membimbangkan lagi pekerja ini bukan rakyat tempatan. Apa yang saya perhatikan disini, kemungkinan besar pihak majikan lebih suka mengambil pekerja ini dengan upah yang murah tanpa mengambil kira kebajikan dan keselamatan pekerja tersebut. Walaupun Akta Buruh tidak membenarkan kanak-kanak dibawah umur bekerja, namun pihak majikan tidak peka akan peraturan ini.

Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab saya sarankan agar pihak berkuasa tempatan, pihak polis, imigresen dan Jabatan buruh membuat pemeriksaan terhadap firma-firma atau permis perniagaan untuk memeriksa kesahihan pekerja samada di bawah umur atau mematuhi peraturan imigresen.

People who read this post also read :



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved