January 17, 2011

Adakah YB KDM Tidak Efektif?

Sebagai seorang yang tergolong dalam rumpun bangsa KDM (Kadazan Dusun om Murut) negeri Sabah, saya ingin berkongsi rasa kebimbangan yang sering diluahkan sesetengah masyarakat rumpun bangsa ini, yang masih terpinggir atau dengan kata lain jauh ketinggalan dari arus pembangunan perdana. Luahan kekecewaan ini sering saya dengar apabila menerima jemputan untuk memberi seminar atau kursus berkaitan kerjaya saya, dibeberapa tempat yang majoriti didiami rumpun bangsa KDM.

Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa rumpun bangsa KDM sudah berkurun lamanya pengalibatan mereka dalam pelbagai bidang samada pendidikan, ekonomi, politik dan sosial, dan memagang jawatan Menteri Persekutuan, Ketua menteri, Timbalan Menteri sehinggalah ke jawatan TYT. Melihat kepada keadaan terhadap pembangunan infrastruktur kawasan yang diwakili oleh masyarakat rumpun tersebut, maka saya membuat kesimpulan dan persoalan samada pemimpin KDM benar-benar berjuang untuk rumpun mereka atau sebaliknya.

Apa yang saya cuba utarakan dalam leman ini adalah mengapa banyak kawasan yang diwakili oleh rumpun KDM ini samada peringkat Parlimen atau DUN masih jauh ketinggalan? adakah mereka tidak mendapat peruntukan pembangunan secukupnya untuk membangunkan kawasan mereka, seperti kawasan yang lain atau masyarakat KDM sekadar selesa dengan keadaan mereka sekarang?.

Kalau melihat paparan atau kenyataan para pemimpin KDM dimuka-muka akhbar yang masih menuntut pembangunan dikawasan mereka, kerana masih banyak kawasan yang belum dibangunkan seperti penurapan jalanraya, membina sekolah, api letrik, air paip dan banyak lagi kekurangan infrastruktur lain yang perlu diambil perhatian. Maka saya merasa hairan dan tertanya-tanya dimana kah para pemimpin rumpun KDM selama ini ? adakah mereka sedar peluang untuk memertabat rumpun KDM tidak digunakan sebaik mungkin pada masa lalu, atau mereka tidak efektif?

People who read this post also read :



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved