January 04, 2011

Harimau Malaya kah atau Harimau Malaysia?

Kemenangan pasukan bolasepak Harimau Malaya keatas Indonesia piala suzuki baru-baru ini telah menjadi bahan buah mulut rakyat Malaysia, tidak kira samada mereka orang Malaya, Sabah dan Sarawak tidak terkecuali memuji-muji para pemain dengan kelibat yang bergaya untuk menundukkan pasukan lawan dengan jaringan aggereget. Para pemain juga telah diberi penghormatan yang amat tinggi bukan sahaja habuan berbentuk wang, namun rakyat Malaysia keseluruhan turut menikmati kejayaan tersebut dengan pengumuman Perdana menteri menghadiahkan kepada rakyat cuti awam seluruh negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang bermustatin dan lahir dinegeri Sabah turut bangga atas kejayaan pasukan kita. Namun tetap merasa sedih terhadap setengah-tengah pihak di peringkat kepimpinan bolasepak negara yang tidak mempunyai perasaan sentiviti terhadap rakyat kedua-dua negeri Malaysia Timur atau pulau Borneo ini. Kita harus menyokong saranan YB Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri dan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Ranau, yang mahu melihat pasukan harimau Malaya ditukar kepada harimau Malaysia supaya gagasan 1Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Malaysia dapat diimplikasikan dan dibudayakan kepada kesemua masyarakat Malaysia, dan tidak terkecuali kepada rakyat dari kedua-dua negeri dari Malaysia timur.

People who read this post also read :



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved