August 23, 2010

Mutu Perkhidmatan Bus Airport Tawau Perlu Tingkatkan

Saya tiba di Airport Tawau pada hari Sabtu lalu kerana tugas. Walaupun baru pertama kali menjajak kaki di daerah ini namun saya terperanjat, bahawa rupanya hanya sebuah syarikat bus sahaja beroperasi dari Airport ke bandar Tawau selain dari teksi yang menggenakan tambang RM45 seperjalanan. Saya memilih menaiki bus kerana kadar tambang yang murah RM10, disamping saya tidak kelam kabut. Apa yang tidak menyenangkan hati saya adalah keadaan bus tersebut, seperti ada aircon tetapi tidak berfungsi dan tidak mempunyai tingkap. Pemandu bus pula hanya membiarkan pintu sentiasa terbuka sepanjang perjalanan ke bandar Tawau.

Penumpang dalam bus ini kira kira 10 orang terdiri dari pelancong orang putih. Apa yang membuat saya tertanya-tanya, kenapa hanya sebuah bus sahaja dibenarkan beroperasi dari Airport ke bandar Tawau sedangkan Tawau merupakan pintu masuk ke distanasi pelancong seperti pulau sepadan dll. Pandangan saya sekiranya permit bus hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja, maka hasrat kementerian Pelancongan untuk mempromosi negeri di bawah bayu sebagai distanasi pelancongan tidak akan tercapai, kerana kita hanya memikirkan untuk membolot keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan keselesaan awam. Kita tidak nafikan banyak teksi-teksi yang haus menunggu penumpang, tetapi pada hakikatnya orang awam tidak ada pilihan.

Bandar Tawau kini pesat membangun dan saya amati ia juga bersih. tahniah kepada pihak berkuasa tempatan. Cuma saya sebagai pelawat bermusim, mencadangkan supaya pihak berkuasa memberi pertimbangan agar membuka peluang kepada mereka yang berkemampuan untuk menjalankan operasi bus mini, demi keselesaan pengguna tempatan dan pelancong supaya mereka mempunyai banyak pilihan apabila berkunjung ke Tawau.

People who read this post also read :



2 comments:

Sunduvan on August 24, 2010 at 4:07 PM said...

Hahaha..rasakan. Saya sudah dua kali menaiki bus tersebut dan rupanya masih tak ada aircon. 1Malaysia punya bus.

Antara Ikur Tak Ikut said...

patut bas jenis ini tidak perlu .. Kenapa tidak benarkan bas berhenti-henti yang disedia ada untuk masuk laluan airport Tawau supaya penumpang tidak menunggu bas terlalu lama. Bodoh.. Beri dalam 5-10 buah bas berhenti-henti masuk ke airport tawau

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved