September 06, 2010

Mengekalkan Datuk Peter Pang Jawatan Kabinet Tidak Rasional

Keputusan Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah untuk mengekalkan Datuk Peter Pang dalam kabinet beliau, setelah mengumumkan keluar dari parti LDP baru-baru ini adalah tidak rasional. Sememangnya kita akui bahawa Ketua Menteri mempunyai kuasa dan budi bicara untuk membuat keputusan tanpa nasihat dari mana-mana pihak. Walau bagaimana pun suasana politik tanah air masakini tidak memungkinkan beliau mengambil langkah drastik tanpa melihat sensetiviti kompenan BN lain.

Adalah wajar membiarkan jawatan yang dipegang Datuk Peter Pang dikosongkan untuk menenangkan suasana buat sementara waktu.Lagi pun Datuk Peter Pang tidak lagi mempunyai parti untuk mengizinkan beliau terus memegang sebarang jawatan kabinet. Banyak perkara yang kita boleh persoalkan tentang kedudukan beliau, jika kedudukan tidak berubah. Salah satu alasan mengapa Datuk Peter Pang tidak boleh meneruskan khidmat sebagai menteri kabinet?, parti LDP tidak meninggalkan kompenan BN, hanya beliau keluar parti.

Jika pun beliau ingin menyertai parti yang berasaskan parti semenanjung (Gerakan), maka beliau tidak layak mewakili kouta Cina dan tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, kerana parti yang berasakan tempatan sepatutnya yang akan memegang jawatan tersebut. Sikap tidak menghormati perasaan rakan dalam BN juga sudah semestinya faktor diambil kira dan perlu mendapat pandangan dari semua kompenan BN.

Kalau budaya politik yang diamalkan oleh sebahagian kecil ahli parti BN tidak diperbetulkan, maka akibatnya BN akan menjadi parti "rojak", bukan LDP menjadi parti "rojak" sepertimana yang dilebalkan oleh Datuk Ghapur Salleh sebelum ini.Kerana segelintir pemimpin BN cuba menghalalkan budaya politik menerima ahli dengan mudah atau secara langsung dikalangan BN bertukar parti dalam kompenan itu sendiri, tanpa merujuk dikalangan kompenan lain, dimasa akan datang jangan salahkan sesiapa jika perbuataan ini akan berulang.

People who read this post also read :



3 comments:

Sunduvan on September 6, 2010 at 5:05 PM said...

Memang setuju dengan pendapat saudara. Kalau mereka ini dibiarkan ikut suka hati nenek mereka lompat keluar, lompat masuk parti.. ini sangat menyedihkan. Beliau dahulu bukan diundi rakyat untuk masuk parti gerakan. Beliau dulu diundi rakyat kerana dia dalam parti LDP. Bila dah menang suka hati datuk nenek dia main keluar masuk parti pulak.

Tamparuli Hardcore on September 8, 2010 at 3:58 PM said...

Saya setuju dengan pendapat saudara En Sunduvan, mereka dipilih oleh rakyat atas parti yg disukai oleh rakyat jadi kekal la di dalam parti yang disukai oleh rakyat.

Solipar Jipun on September 9, 2010 at 8:38 PM said...

Secara menyeluruhnya, tindakan beliau
harus dilihat dari 3 penjuru. Iaitu:

1. Untuk Rakyat
2. Untuk Parti
3. Untuk Diri Sendiri

Nampaknya beliau memilih Penjuru 3.

Sedih... kesian...

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved