Melihat kembali kepada beberapa isu yang melibatkan individu yang dipanggil Datu Akjan Ali ini, seolah-olah kekebalan individu ini daripada pihak berkuasa mahupun kerajaan tidak dapat menyentuh individu tersebut untuk diambil tindakan. Apakah keistimewaan yang ada pada Datu Akjan Ali? Penahanan beliau di bawah Akta ISA selama dua tahun beberapa tahun lalu cukup membuktikan penglibatan individu ini dalam akitiviti yang berkemungkinan bercanggah dengan perundangan Negara dan ditambahkan lagi isu yang terbaharu pengisytiharan Datu Akjan Ali sebagai Sultan Sulu, sudah cukup untuk pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang boleh mengancam keselamatan Negara kita.
Kenyatan beliau berhubung prerogratif Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kewarganegaraan Malaysia amat mengelirukan, apatah lagi Datu Akjan Ali menjelaskan setiap mereka yang tinggal di negeri ini selepas 15 tahun boleh memohon menjadi Warganegara Malaysia. Semua kenyataan beliau adalah karut semata-mata, kerana ramai suku kaum bumiputera Sabah lain yang lahir di negeri ini atau telah berhijrah ke negeri ini 40 tahun lepas amat sukar mendapat kewarganegaraan disebabkan surat akuan bersumpah tidak mudah diperolehi di tepi jalan-jalan raya. Apakah pemberian kewarganegaraan berdasarkan Agama dan Bangsa? Kalau itu maksud Datu Akjan Ali, maka Kerajaan Malaysia selama ini telah tidak adil kepada etnik atau Agama lain dalam mendapat kewarganegaraan yang membatasi Perlembagaan Malaysia.
Ketidak rasionalan kenyataan beliau mengatakan bahawa penubuhan RCI akan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran BN adalah satu pemikiran yang sempit dan tidak setimpal dengan ilmu kedoktoran (DR) yang beliau gunakan sebelum nama Datu Akjan Ali. Dan beliau juga mengatakan tujuan penubuhan RCI ini adalah untuk kepentingan politik kumpulan tertentu. Saya ingin bertanya Datu Akjan Ali dan parti-parti politik yang membantah penubuhan RCI ini, bukankah mereka yang menentang penubuhan RCI ini mempunyai agenda politik dan kepentingan diri? Isu penubuhan RCI bukan tujuan memutar belit politik atau sejarah negeri ini oleh sebilangan kompenan BN yang menyokong penuh penubuhan RCI. Sokongan penubuhan RCI membuktikan bahawa sebilangan pemimpin Politik di negeri ini samada parti BN atau pembangkang sedar bahawa negeri Sabah dan rakyat tulen negeri ini perlu dilindungi hak mereka demi masa depan anak bangsa.
Sebagai Warganegara dan Bumiputera Murut anak negeri Sabah tulen, saya ingin menggesa para pemimpin negeri Sabah, supaya bersatu untuk mempertahankan hak rakyat dan negeri ini, dan mendahului kepentingan rakyat daripada kepentingan diri. Perkara 20 yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, yang menyentuh hak immigresen menjadi hak kerajaan negeri Sabah harus dipertahankan. Jangan ada pemimpin kita samada dalam BN atau pembangkang sanggup menjual maruah Bangsa dan Agama menjadi petualang negara. Sebagai kesimpulan bagi mereka yang menentang Penubuhan RCI, mereka lah sebenarnya bukan rakyat asli penduduk negeri Sabah yang mahu merampas hak kedaulatan rakyat negri ini.
image source: Sabah Kini
9 comments:
dulu, nenek sa cakap Jakun. maksudnya samada nda pakai otak atau gila.
Mau glamor saja dia ni. Tapi macam kerajaan atau UMNO berdiam diri saja ni... memang ada agenda politik.
poorah la... smuanya politik sabun punya pasal la.
Mengapa UMNO-THE BIG BRADER saja yang masih berdiam diri dalam hal menyokong RCI? Adakah itu modal atau senjata terakhir mereka untuk mendapat sokongan rakyat? Adakah mereka sedang dalam fasa "wait & see"? Atau semua di atas, di sebaliknya? Memang politik, najis!
Byk2 org, dia juga yg dpilih jdi Presiden Pekida Sabah... mroskkan namaa Pekida saja.
akjan ni ketua PATI di Sabah, sebab tu la dia tolak RCI, takut geng2nya PATI kena hntar balik...UMNO ni x bsuara coz yang kasi menang UMNO di sabah ialah PATI yg dpt IC. PATI ni jg la yg jadi pengundi hantu...sial anjing PATI
KITA TUKAR KERAJAAN INI KALILAH,JANGAN SIA SIAKAN UNDI KITA TOLAK UMNO
haha...siapa bah si akjan ni...tiba2 muncul ja ni? tiba2 claim sultan sulu kunun...hahaha lawak...najis ni org oh...kau siapa ah?ko ni standard bawah tapak kaki aku ja kali
Oleh kerana kerajaan persekutuan tidak ambil peduli apa yang rakyst Sabah mau, napa tidak kita buat perhimpunan besar-besaran secara aman sambil bawa banner..ini akan tarik perhatian media tempatan dan antarabangsa.Kerajaan persekutuan mesti tercabar,kalo dorang tidak ambil tindakn atau berdiam diri juga,nampak sgt kerajaan 'USELESS', suda la buat negeri Sabah paling miskin. Bah,apa lagi tggu lama2..ahli politik setiap daerah, sila gumpul org2 kamu..jumpa di Padang Bandaran
Post a Comment