January 14, 2011

Kerajaan Harus Bertindak Tegas Terhadap Aktiviti Along

Aktiviti along kini menjadi ancaman kesejatheraan masyarakat Malaysia amnya. Sejak akhir-akhir ini banyak laporan yang telah di terima oleh biro pengaduan awam MCA yang membabitkan aktiviti along. Aktiviti ini seolah-olah tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa. Apa yang menyedihkan ada setengah mangsa peminjam along ini sanggup menyerahkan isteri dan anak perampuan mereka kepada along untuk menyelasaikan hutang yang begitu banyak.

Bukan itu sahaja, malahan ada yang lari ke luar negara kerana tidak sanggup menerima ugutan bunuh atau mengencam keluarga mereka. Bukti yang ketara di mana aktiviti along ini sukar dibenteras adalah, hampir 100 aduan dengan nilai RM1.8juta aduan diterima biro aduan MCA menjadi satu isu, apakah kaedah yang tepat untuk kerajaan membenteras aktiviti-aktiviti tersebut?.

Saya fikir tiba masanya pihak kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk mengkaji dan merumuskan satu tindakan lebih konkrit agar aktiviti along ini diperangi habis-habisan hingga ke akarnya sekali. Kerajaan juga perlu membuat semakan beberapa syarikat yang menjalankan aktiviti peminjam wang samada mereka berlesen atau menggunakan kedai pajak gadai emas untuk memberi pinjaman secara haram. Walaupun kita tahu bahawa syarikat peminjam wang berlesen tidak melakukan kekerasan semasa menuntut pembayaran balik, tetapi pekerja mereka sebagai pemunggut (runner) biasanya akan melakukan kekerasan kerana gaji mereka bergantung kepada komisen yang dikutip dari pemiutang. Ini bererti, mereka (pemunggut) akan melaku kekerasan atau menggunakan beberapa cara-cara untuk memaksa mangsa sehingga mereka mendapat apa yang mereka mahu.

Sebenarnya kerajaan atau pihak berkuasa perlu mengambil tindakan drastik untuk membekukan sementara waktu semua syarikat yang beroperasi pemberi pinjaman wang untuk tujuan penyemakan semula undang-undang untuk dikenakan tindakan, jika pihak syarikat tersebut menyalahi atau tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Saya juga berpendapat, pihak Jabatan hasil dalam negeri, Jabatan tenaga buruh, Polis dan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan kerjasama membuat pemeriksaan secara mengejut kemana-mana premis pusat operasi ini dijalankan. Kerana setiap aktiviti along ini melibatkan kadar cukai, pekerja yang berdaftar, keselamatan dan perlesenan. Ini bermaksud samada peminjam itu berlesen atau tidak tindakan penyelarasan undang-undang patut dilakukan segera.

People who read this post also read :



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved