Usaha NGO Islam untuk menghimpun sejuta umat islam di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011 bersamaan hari sabtu ini untuk menandakan protes terhadap orang Kristian yang kononnya memurtadkan orang Islam ke Kristian perlu dipandang serius oleh kerajaan.
Secara peribadi saya melihat sejak akhir-akhir ini sebilangan kecil pemimpin kita terlalu ghairah untuk menggunakan atas nama badan-badan NGO untuk melakukan provokasi melalui agama dan bangsa untuk memecahkan hubungan kaum yang sudah berkurun lamanya hidup harmoni. Jika sikap sebilangan pemimpin yang bertopeng badan NGO ini tidak dihentikan, saya yakin tidak semua orang M elayu bersetuju akan agenda di sebalik protes yang dilakukan.
Sepatutnya kita perlu mengambil iktibar kembali kepada sejarah silam yang mengakibat rusuhan kaum sehingga berlakunya ketegangan yang dahsyat pada 13 Mei. Sebagai rakyat Malaysia yang lahir di negeri Sabah bersyukur bahawa bumi Sabah belum pernah diwarnai ketegangan kaum mahupun agama. Keunikan masyarakat negeri Sabah yang hidup hormat-menghormati telah diwarisi zaman berzaman sehingga sekarang.
Isu penukaran agama Kristian ke agama Islam atau sebaliknya tidak lagi menjadi isu yang begitu sensetif, disebabkan ikatan kekeluargaan begitu akrab yang tidak dapat dipisahkan, walaupun kepercayaan yang berlainan. Soal Tuhan yang mana kita sembah itu adalah hubungan secara peribadi kita dengan Tuhan yang mana ditentukan di hari hahirat nanti, kerana dunia tidak dapat menghakimi siapa yang harus masuk neraka atau sorga.
Dengan timbulnya pelbagai isu yang membabit agama dinegara ini menjelang PRU13 yang belum pun ada ketentuan masanya, seperti bermain bolasepak dipadang dalam masa kecederaan, bila-bila PM akan meniup wiselnya, saya khuatir sokongan rakyat terhadap BN akan berulang seperti mana pada PRU 2008. Ini bermakna PRU13 satu lagi keadaan getir yang harus dilalui oleh BN. Saya mempunyai alasan yang kukuh, kerana isu agama bukan sahaja melibatkan parti pembangkang, namun sedikit sebanyak faktor dalaman BN itu sendiri akan membawa padah.
Penafian pemimpin parti UMNO yang merupakan tunjang kerajaan BN tidak terlibat dalam himpunan tersebut, tidak cukup memberi keyakinan kepada sebilangan rakyat negara ini selagi perhimpunan ini telah dihalalkan dan mendapat permit dari pihak polis. Justeru, ramai yang berpendapat bahawa sesuatu yang menghairankan, jika BERSIH diharamkan mengapa tidak layanan yang sama perlu dilakukan bagi badan-badan NGO lain tidak terkecuali.
Tuduhan bahawa perhimpunan ini telah dipolitikan oleh sesetengah pihak tidak timbul, kerana rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan fahaman politik akan menyaksikan kebenaran siapa yang benar dalam hal ini. Apa yang kita harapkan seluruh masyarakat yang menganuti pelbagai agama akan terus mendoakan kesejetheraan negara kita, agar Tuhan terus melindungi rakyat kita supaya hidup aman damai dan hormat menghormati serta sentiasa mengampuni orang yang cuba melakukan perbuatan keji terhadap sesama insan.
0 comments:
Post a Comment