August 11, 2010

Saham Amanah Sabah (SAS) : Kertas Putih Wajar.

Setelah saya mengkaji beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin politik samada kerajaan BN atau Pembangkang berhubung isu kerugian yang melibatkan pelabur dalam SAS, maka kesimpulan saya adalah wajar menyediakan kertas putih.

Ada beberapa alasan kenapa saya menyokong SAS perlu kertas putih, walaupun saya bukan pro Datuk Yong Teck Lee dalam hal ini. Tetapi untuk memberi keadilan kepada mana-mana pihak saya percaya kaedah ini adalah jalan penyelasaian supaya tidak berlaku tuduh menuduh atau menuding jari asyik menyalahkan pihak lain.

Jika perkara ini sering ditolak oleh Dewan Undangan Negeri yang bersidang walaupun wakil SAPP membawa usul tersebut untuk dibahas, tetapi ditolak oleh wakil dewan yang diwakil 57 YB dari BN, adalah tidak adil bagi Datuk Yong. Para pelabur juga akan bertanya siapakah punca kerugian ini? dan mengapa ahli dewan yang mejoriti diwakili oleh wakil kerajaan seolah-olah takut membahaskan isu ini secara terbuka.

Juga menjadi persoalan bahawa pihak wakil kerajaan telah mengamabil keistimewaan dewan bagi menolak perbahasan berhubung isu tersebut.

People who read this post also read :



1 comments:

Harry George said...

Rakyat perlukan jawapan dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab. Apa yang diperlukan ialah penyelesaian bukannya tomahan kata atau tundingan jari siapa yang benar dan salah. Rakyat perlukan jalan penyelesaian untuk mengembalikan kerugian yang ditanggung oleh mereka... lagipun rakyat tidak akan melabur sekiranya tidak ada kata manis dari org-org tertentu.

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Santapan Minda Sadom All rights reserved