tag:blogger.com,1999:blog-64006484523269530672024-03-20T07:01:21.440+08:00Santapan Minda SadomPatrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.comBlogger65125tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-4341939978530892602014-11-18T14:42:00.001+08:002014-11-18T14:43:16.592+08:00Pekerja dibawah Umur

Apabila kita berkunjung ke merata-rata daerah di Sabah ini, bukan sahaja sakit mata melihat Pekan atau bandar-bandar dibanjiri oleh warga asing yang giat menjalankan perniagaan dari Penjual sayap ayam dan ikan bakar hinggalah penjual rokok jalanan, namun sering menjadi persoalan kita dimanakah agensi yang sepatutnya bertindak terhadap mereka ini. Kita terlalu banyak mencipta slogan-slogan tentang perkhidmatan maupun tugas yang diamanahkan, tetapi sejauh mana keberkesanannya tentu sekali bukan isu utama. Saya ingin menarik perhatian semua agensi-agensi yang harus menjalankan tugas mereka untuk membenteras gejala-gejala kurang sihat atau melanggar perundangan negara

Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-54821393584182178092014-11-18T14:39:00.001+08:002014-11-18T14:40:09.271+08:00 PENCULIKAN DAN BUNUH DI PULAU POM POM - ISU KESELAMATAN DIPERSOALKANIsu pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom Pom dan isu pencerobohan Lahad Datu dilihat kes tersebut adalah sama memandangkan ianya melibatkan isu keselamatan dan ancaman nyawa kepada setiap manusia. Apa pun alasan yang diberikan oleh kementerian yang bertanggungjawab tidak akan kemana-mana, jika ianya tidak ditangani dengan serius.

Penubuhan zon keselamatan ESCOM untuk mengawasi perairan sempadan negeri Sabah dan Flipina membuktikan masih banyak perkara harus diperhalusi untuk memantapkan benteng kawalan keselamatan negeri ini. Justeru, kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu berganding bahu untuk mempertahankan kedaulatan Negeri dan Negara ini agar tidak bolosi dengan mudah oleh para penjenayah.

Merujuk beberapa insiden yang berlaku sebelum ini terutama kawasan Daerah Semporna yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pulau Mabul, Pulau Sepadan dan pulau pulau sekitarnya yang menjadi lombong emas bagi para penjenayah yang menjalankan aktivit-aktiviti penculikan yang dikaitkan dengan Abusayyap yang datang dari Selatan kepulauan Negara FlipinaPatrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-53295024003314433802012-05-04T11:45:00.001+08:002013-02-10T10:50:37.871+08:00Demokrasi Malaysia Di Persimpangan

Bila kita bercakap tentang Demokrasi sesebuah negara, rakyat pasti membuat kesimpulan bahawa demokrasi adalah kebebasan hak bersuara, menuntut keadilan dalam apa jua aspek samada Politik, Ekonomi dan Sosio budaya. Dan seringkali Negara Malaysia lah yang muncul ingin menjadi juara di kalangan negara-negara Asia Tenggara malah dunia. Malaysia lantang bersuara mengkritik yang kononnya negara-negara Eropah dan Amerika melakukan banyak sikap prejudis terhadap sesuatu kaum ethnik bangsa dan agama terhadap mereka yang bukan berkulit putih. Bukan itu sahaja malah negara Malaysia sering dijemput untuk menjadi pemantau Pilihanraya di kebanyakkan negara ketiga di dunia.

Kelantangan Malaysia selama ini dalam menyuarakan dan menegakkan sistem demokrasi yang terbaik di rantau ini mahupun dunia, tidak lagi dapat disembunyi oleh para pemimpin negara ini yang selama ini hanya main wayang kulit dalam mengamalkan sistem demokrasi yang dicanangkan selama ini. Kecanggihan dan kecepatan teknologi yang sukar dibendung tentu sekali menjadi punca Malaysia, bukan lagi negara popular di kalangan dunia hari ini.

Mengimbau beberapa demonstrasi seperti Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang dilancarkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga parti-parti politik yang berhaluan kiri, jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah mula muak akan apa yang berlaku selama ini. Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO kini tidak popular dan relevan dengan keadaan semasa. Mungkin adakah perjuangan mereka ini sudah terkeluar dari landasan perjuangan yang sebenar?. Mungkin juga kebongkakkan dan kesombongan pemimpin dalam Kerajaan itu sendiri, yang membuat rakyat sedar dan bangkit untuk mengubah kerajaan yang ada sekarang.

Kerajaan juga harus sedar demonstrasi jalanan yang berlaku di Ibu Negara Kuala Lumpur dan di beberapa bandar kecil, jangan sekali-kali cuba menterjemahkan demonstrasi itu hanya didalangi oleh pihak parti-parti pembangkang sahaja. Kalau kerajaan juga menganggap bahawa demonstrasi hanya dilakukan segelintir individu-individu seperti Ambiga, maka kerajaan telah gagal memahami denyutan jantung rakyat Malaysia yang sebenarnya.

Bilangan penyertaan ratusan ribu (anggaran 300,000 orang) dalam demonstrasi jalanan yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka secara aman, iaitu "Duduk dan Bantah" namun pihak Dewan Bandaraya dan Polis telah tidak meluluskan permohonan pihak penganjur, sehingga menyebabkan suasana demonstrasi itu telah berubah sehingga tidak terkawal. Umum mengetahui bahawa demonstrasi tersebut hanya mau kerajaan berlaku adil dan transparen dalam Pilihanraya umum akan datang dan membersihkan nama-nama yang meragukan dalam senarai daftar pemilih yang digunapakai dalam pilihanraya tersebut. Namun kerajaan menafikan hak rakyat disebabkan kerajaan kini dalam ketakutan untuk menghadapi pembangkang dan memberi hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baru.

Kerajaan kini dalam dilema samada menangguh Pilihanraya sehingga masa yang sesuai atau tahun hadapan. Ini disebabkan kerajaan BN mula sedar bahawa rakyat sudah berani mencuba sesuatu yang baru, walaupun pada hakikatnya kerajaan berusaha sedaya upaya untuk mentransformasikan pelbagai sistem (Ekonomi dan Kerajaan) yang sudah lapuk di negera ini dengan tujuan menambat hati rakyat supaya kembali kepangkuan BN untuk terus menyokong kerajaan dan pemimpin yang sedia ada. Ini diibaratkan seolah-olah menggantikan botol susu yang lama dengan membuat label baru, tetapi isi susu dalam botol tersebut masih susu yang lama. Kerana selagi para pemimpin dalam UMNO-BN tidak mentransformasikan minda dan persepsi dan prasangka mereka terhadap bangsa dan agama rakyat Malaysia lain Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, maka untuk membentuk bangsa Malaysia yang dinamik adalah sukar.

Kegagalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penubuhan Suruhanjaya Sasiatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) yang memperolehi dokumen secara songsang di Sabah, membuktikan penghinaan kepada rakyat bumiputera Sabah yang sudah sekian lama mau yang isu-isu PTI di Sabah harus ditangani dengan kadar segera. Pemimpin kompenan BN dari Sabah ( Tan Sri Dompok dan Datuk Seri Wilfred Bumburing) seringkali menyuarakan dan menuntut agar RCI ditubuhkan di Sabah, namun kelantangan mereka juga tidak ada impaknya kerana kurang mendapat sokongan dari rakan UMNO-BN yang dianggap banyak kebergantungan dengan pengundi dari golongan tersebut.

Pertambahan pengundi di beberapa negeri di Malaysia terutama sekali negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang telah meningkat secara drastik, namun telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas sebab kempen secara agresif yang dijalankan oleh SPR telah membawa impak dan mempengaruhi kesedaran sebagai warganegara untuk mendaftar sebagai pengundi dalam amalan sistem demokrasi. Apa jua alasan yang diberikan oleh SPR menunjukkan sikap barat sebelah yang lebih memihak kerajaan BN ketika ini. Keraguan senarai daftar pemilih yang sudah dikenalpasti telah mengecewakan banyak pihak, kerana mengikut SPR hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja yang mempunyai kuasa untuk memadamkan nama mereka yang meragukan.

Kenyatan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed semasa menyampaikan syarahan di Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini yang menyangkal bahawa kerajaan BN tidak pernah melakukan penipuan dalam pilihanraya. Mungkin kenyataan Tun itu perlu kita bahas kebenarannya. Tun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan penipuan secara menyeluruh. Tun Mahathir lupa bahawa keperitan dan penderitaan rakyat Sabah alami dan kini berusaha untuk menentang ketidakadilan oleh pihak-pihak pro-kerajaan sehingga berlakunya projek IC di Sabah yang berleluasa yang sukar dibendung. Apakah ini bukan penipuan? Kerana agenda di sebalik projek IC adalah untuk merompak kuasa rakyat tulen negeri Sabah dari pihak-pihak tertentu yang ingin berkuasa melalui cara haram. Jika pendedahan seorang penulis yang bernama S. Mutalib sebagai fitnah atau pembohongan besar dalam tulisan buku beliau tentang "Projek IC di Sabah", kenapa beliau tidak didakwa?

Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-76418037921368033362012-01-17T21:04:00.001+08:002012-03-17T02:49:38.507+08:00SPR Jangan Tunduk Tekanan UMNO-BN

Melihat kepada senario Politik tanah air masakini ramai yang membuat ramalan bahawa pilihanraya umum ke 13 (PRU13)dijangka diadakan diantara bulan Mac hingga Jun 2012. Walau bagaimana pun umum mengetahui bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (PRU)merupa badan bebas, tetapi tidak bebas untuk melakukan perubahan yang jitu. Dengan alasan perlantikan Pengerusi SPR adalah atas budibicara dan sokongan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, yang diperkenaankan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Maka pada hakikatnya SPR tunduk dengan tuan yang melantik mereka kejawatan tersebut.

Jika berlaku PRU13 diadakan secara mengejut, kerana Perdana Menteri mempunyai hak untuk memperkanankan DYMM YDP, agar Parlimen Malaysia dibubarkan sertamarta, maka pihak lain tidak dapat menghalang. Banyak kemungkinan - kemungkinan yang akan terjadi dalam waktu yang singkat ini untuk Parlimen dibubarkan. Krisis dalaman kepimpinan UMNO-BN kian menjadi-jadi tanpa disedari umum, dan ditambah lagi semangat parti pembangkang gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP, KeAdilan dan PAS kini bersemangat tinggi untuk menawan Putrajaya.

Apa yang kita lihat bahawa tugas Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) dan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja/Royal Commission Inquary (RCI)tidak akan kesampaian untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini. Walaupun pada dasarnya penggunaan dakwat semasa mengundi telah dipersetujui oleh SPR untuk digunapakai dalam PRU13, namun umum mengetahui laporan keseluruhan kedapatan PSC yang di Pengerusikan Datuk Seri Dr Maximus J Ongkili, hanya dapat dilangkapkan pada penghujung Mac 2012, dan dibentangkan di Parlimen sesi April 2012, kemungkinan akan terlepas untuk dilaksana, jika Parlimen bubarkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Justeru, penubuhan RCI untuk menyiasat pertambahan penduduk di Sabah secara drastik dan penyiasatan pemilikan kad pengenalan palsu, hanya sebagai mimpi belaka sahaja,kerana UNMO-BN sekian lama berdolak-dalik untuk menyokong penubuhan RCI,disebabkan ia bertentangan dengan kepentingan mereka untuk mengekalkan kuasa di bumi Sabah ini.

SPR sepatutnya tidak mudah tunduk oleh mana-mana pihak termasuk UMNO-BN, untuk melaksanakan pilihanraya seadil-adilnya dan sebersih-bersihnya, jika SPR mahu dihormati oleh masyarakat yang menentukkan mandat kerajaan yang dipilih melalui peti undi. Kredibiliti SPR perlu dijaga, tanpa diganggu gugat atau dipengaruhi oleh siapa pun termasuk Perdana Menteri.

Saya melihat ada beberapa keperluan yang harus dilaksanakan oleh SPR untuk mempastikan pilihanraya dilaksanakan secara telus. Layanan parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya harus diberi kesaksamaan dan keadilan untuk menggunakan media massa, samada media eletronik iaitu TV dan radio, juga media cetak iaitu Akhbar- akhbar Prima, sepanjang calon-calon pilihanraya berkempen untuk diberi kebebasan menggunakan alat-alat tersebut, tanpa larangan untuk menunjukkan negara kita mengamalkan sistem demokratik.

Penglibatan kakitangan awam seperti guru-guru, Kemas, Jusa dan banyak lagi agensi-agensi utama kerajaan telah menjadi penggerak jentera BN dalam kempen pilihanraya, seharusnya dihentikan oleh SPR. Kerana setelah Parlimen dibubarkan kerajaan BN tidak berkuasa sama sekali untuk mengarah mana-mana penjawatan awam untuk membantu calon-calon BN, sehinggalah kerajaan baharu dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Pada dasarnya, tidak ada kerajaan apabila Parlimen dibubarkan, oleh itu penjawatan awamlah yang mentadbir kerajaan sementera.

Pengumuman projek kilat yang melibatkan jutaan ringgit untuk meraih undi semasa kempen pilihanraya oleh mana-mana parti yang bertanding tidak sepatutnya berlaku. SPR dan SPRM harus berkerjasama untuk mengenkang perbuatan rasuah yang sering berlaku setiap pilihanraya dilakukan.

Projek pembangunan telah dirancang dengan baik melalui bajet tahunan yang dibantangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan, mengikut keperluan rakyat dan negara bagi meningkatkan sosial ekonomi. Namun parti kompenan BN mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan kuasa mereka dengan memancing undi dengan taktik meluluskan projek kilat, walaupun perbuatan tersebut rasuah politik.Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-65234799703681115742012-01-12T15:32:00.002+08:002012-03-17T02:37:53.620+08:00RCI Kenapa Tidak Tubuh Sekarang?

Isu Penubuhan RCI (Royal Commission Inquary/Suruhanjaya Siasatan Diraja)bagi menyiasat kebanjiran Pendatang asing secara mendadak dan pemilikan kad pengenalan yang tidak sah di negeri Sabah, kini bergema lagi. Namun kali ini mengikut sumber-sumber yang dipercayai bahawa YB Datuk Seri Dr Maximus J Ongkili, yang dipertanggungjawabkan mempengerusi satu lagi Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC), mengatakan RCI akan dibincangkan selepas PRU13.

Desakan demi desakan oleh pemimpin kompenan BN dan juga Pembangkang di negeri ini untuk menubuhkan RCI segera, langsung tidak diambil peduli oleh kerajaan Persekutuan untuk bertindak adil terhadap Penduduk tulen negeri ini. Ini bermaksud Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, tidak dapat merasakan denyutan jantung rakyat Sabah yang inginkan keadilan yang saksama sebagai rakyat Malaysia seperti juga di Semananjung.

Kelantangan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing,selaku Pengerusi Angkatan Merdeka Malaysia (Amanah) negeri Sabah, merengkap Ahli Parlimen Tuaran, yang menggesa agar RCI harus ditubuhkan sebelum PRU13 diadakan, hanya sia - sia belaka. Ini jelas menunjukkan bumiputera tulen Sabah telah tewas dalam menidakkan usaha seorang individu yang belum jelas kesahsihan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia seperti Datu Akjan Mohd Ali, yang membantah penubuhan RCI.

Dalam isu penubuhan RCI,telah memperlihatkan kedunguan dan kebaculan sebilangan pemimpin pro kerajaan BN di negeri ini, yang tidak ada usaha untuk mendesak kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Malaysia, supaya RCI harus dilaksanakan untuk menjamin hak rakyat negeri ini sentiasa terbela dan terpelihara. Sepatutnya awal - awal lagi Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan cadangan ini supaya dibawa ke parlimen untuk dibahaskan, tetapi Speaker Dewan juga menolak desak pembangkang.

Rakyat Sabah perlu bangkit dalam PRU13 akan datang ini untuk membuat perubahan, samada mereka yang menganggotai parti pembangkang mahupun yang pro kerajaan BN bersatu untuk menunjukkan undi protes kepada pemimpin kita. Rakyat tulen Sabah, tidak perlu mengambil masa lama untuk berfikir untuk menentukan kerajaan yang bersih. Jangan kita mudah terpengaruh dengan propaganda yang menimbulkan sentimen agama dan perkauman,kerana pemimpin BN hanya mempertahankan kepentingan diri mereka semata-mata, tanpa melihat apa yang terjadi dengan anak cucu cicit kita dua puloh tahun akan datang.

Jika kerajaan Persekutuan adil kepada rakyat dinegeri ini, kenapa tidak menubuhkan RCI Sekarang?. Kompenan BN dinegeri ini perlu memikirkan kedudukan mereka dalam sekutu BN , jangan sampai rakyat mencampakkan mereka dari atas kerusi ampuk dalam PRU13. Jangan terlalu taksub dengan berita dikaca TV semata-mata atau media pro BN, tetapi perlu mendengar berita dari mulut ke mulut dari orang di sebarang tentang angin perubahan.Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-54826806241036139582012-01-05T12:24:00.003+08:002012-03-17T02:31:49.919+08:00Kenapa UMNO Sabah Lambat Membuat Pendirian Isu RCI?

Kenyataan YB Datuk Sapawi Haji Ahamd ,Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Sabah merangkap Ahli Parliman Sipitang berhubung pendirian UMNO Negeri Sabah keatas Penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry/Suruhanjaya Siasatan Diraja) amat ditunggu-tunggu oleh majoriti Penduduk tulen negeri Sabah, yang ingin melihat para pimpin kanan UMNO menyatakan sokongan mereka atas Penubuhan RCI.

Keceluparan rakan-rakan kompenan BN seperti UPKO,PBS,LDP,PBRS dan disokong parti-parti pembangkang dinegeri ini, yang mendesak kerajaan Persekutuan menubuhkan RCI bagi menyiasat pertambahan penduduk negeri Sabah yang drastik dan pemilikan IC secara tidak sah, telah menyebabkan UMNO Sabah macam cacing kepanasan,samada menyokong atau sebaliknya Penubuhan RCI ini.

Penentangan Datu Akjan Ali mantan penghuni ISA merengkap Presiden Pekida yang tidak menyokong penubuhan RCI, telah menjadi persoalan kepada majoriti rakyat tulen negeri ini, akan agenda disebalik penentangan beliau berhubung isu Penubuhan RCI. Yang peliknya Datu Akjan mengambarkan, jika penubuhan RCI diteruskan, maka ketegangan kaum dan agama akan berlaku dinegeri ini. Kenyatan Datu Akjan Ali dalam isu ini merupakan ancaman dan hasutan yang tidak diambil kisah oleh pihak berkuasa, terutama sekali Kementerian Halehwal dalam Negeri.

Menyorot kembali dalam persidangan terakhir Dewan Undangan Negeri Sabah 2011, dimana Speaker Dewan Datuk Seri Salleh B. Tun Said Keruak, telah menolak usul dari wakil pembangkang supaya penubuhan RCI perlu dibahas. Walaubagai manapun malang sekali anggota penyokong-penyokong kerajaan dalam dewan yang mulia itu terus membisu, sehingga Speaker Dewan menolak mentah-mentah usul tersebut.

Kebaculan para pemimpin politik Sabah berhubung penubuhan RCI ini amat ketera sekali. Justeru, apa pun tindakan individu seperti Datu Akjan Ali, dengan pertubuhan Pekida, yang sama dengan YB Datuk Ibrahim Ali dengan menggunakan Perkasa, kononnya mempertahankan hak rakyat dinegara ini, tetapi jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa pertubuhan ini sebagai kuda tunggangan pihak-pihak tertentu untuk melakukan provokasi kepada kaum lain dinegera ini.

Berhubung dengan penubuhan RCI dinegeri Sabah, Sepatutnya UMNO negeri ini perlu mendahului rakan-rakan kompenan BN lain untuk menyokong secara terbuka supaya penubuhan RCI ini disegerakan sebelum menjelang PRU13. Sebagai pemimpin yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat negeri ini setiap PRU diadakan, adalah bijak wakil rakyat lantang bersuara untuk mempertahankan hak rakyat demi kesejetheraan dan keselamatan rakyat yang diwakili mereka dinegeri ini. Jangan sekali-kali menjual hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Kegagalan UMNO Sabah menyatakan pendirian parti tersebut untuk melindungi dan mempertahan hak rakyat Sabah kini dipersoalkan. Suara-suara sumbang secara senyap dikalangan pemimpin UMNO sendiri kian kedengaran. Adakah PRU13 ini, merupakan kejutan kepada pemimpin atau rakyat?. Kita juga menyaksikan golongan muda kini berani menyuarakan pendirian mereka. Semakin golongan-golongan tertentu ditekan semakin beranilah mereka inginkan perubahan jitu.@Amanah.myPatrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-18253807159904616132011-12-19T15:44:00.007+08:002011-12-19T20:44:03.713+08:00Siapakah Datu Akjan Ali Mempersoalkan Penubuhan RCI?

Kehangatan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry / Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk menyiasat kebanjiran PTI di Sabah belum pun reda, timbul satu lagi isu berhubung bantahan Datu Akjan Ali yang menggelar dirinya Pengerusi Pekida Sabah yang mempersoalkan penubuhan badan tersebut. Apa yang menjadi persoalan umum ialah apakah kapisiti Datu Akjan Ali untuk membuat bantahan penubuhan RCI? Adakah beliau mewakili rakyat tulen majoriti bumiputera Sabah? Atau mewakili Pekida yang kita tidak pasti ketulenan keahliannya? Atau bagi pihak sebuah parti politik yang berkepentingan di negeri ini? Atau Superman, yang punya kekebalan luarbiasa?

Melihat kembali kepada beberapa isu yang melibatkan individu yang dipanggil Datu Akjan Ali ini, seolah-olah kekebalan individu ini daripada pihak berkuasa mahupun kerajaan tidak dapat menyentuh individu tersebut untuk diambil tindakan. Apakah keistimewaan yang ada pada Datu Akjan Ali? Penahanan beliau di bawah Akta ISA selama dua tahun beberapa tahun lalu cukup membuktikan penglibatan individu ini dalam akitiviti yang berkemungkinan bercanggah dengan perundangan Negara dan ditambahkan lagi isu yang terbaharu pengisytiharan Datu Akjan Ali sebagai Sultan Sulu, sudah cukup untuk pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang boleh mengancam keselamatan Negara kita.

Kenyatan beliau berhubung prerogratif Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kewarganegaraan Malaysia amat mengelirukan, apatah lagi Datu Akjan Ali menjelaskan setiap mereka yang tinggal di negeri ini selepas 15 tahun boleh memohon menjadi Warganegara Malaysia. Semua kenyataan beliau adalah karut semata-mata, kerana ramai suku kaum bumiputera Sabah lain yang lahir di negeri ini atau telah berhijrah ke negeri ini 40 tahun lepas amat sukar mendapat kewarganegaraan disebabkan surat akuan bersumpah tidak mudah diperolehi di tepi jalan-jalan raya. Apakah pemberian kewarganegaraan berdasarkan Agama dan Bangsa? Kalau itu maksud Datu Akjan Ali, maka Kerajaan Malaysia selama ini telah tidak adil kepada etnik atau Agama lain dalam mendapat kewarganegaraan yang membatasi Perlembagaan Malaysia.

Ketidak rasionalan kenyataan beliau mengatakan bahawa penubuhan RCI akan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran BN adalah satu pemikiran yang sempit dan tidak setimpal dengan ilmu kedoktoran (DR) yang beliau gunakan sebelum nama Datu Akjan Ali. Dan beliau juga mengatakan tujuan penubuhan RCI ini adalah untuk kepentingan politik kumpulan tertentu. Saya ingin bertanya Datu Akjan Ali dan parti-parti politik yang membantah penubuhan RCI ini, bukankah mereka yang menentang penubuhan RCI ini mempunyai agenda politik dan kepentingan diri? Isu penubuhan RCI bukan tujuan memutar belit politik atau sejarah negeri ini oleh sebilangan kompenan BN yang menyokong penuh penubuhan RCI. Sokongan penubuhan RCI membuktikan bahawa sebilangan pemimpin Politik di negeri ini samada parti BN atau pembangkang sedar bahawa negeri Sabah dan rakyat tulen negeri ini perlu dilindungi hak mereka demi masa depan anak bangsa.

Sebagai Warganegara dan Bumiputera Murut anak negeri Sabah tulen, saya ingin menggesa para pemimpin negeri Sabah, supaya bersatu untuk mempertahankan hak rakyat dan negeri ini, dan mendahului kepentingan rakyat daripada kepentingan diri. Perkara 20 yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, yang menyentuh hak immigresen menjadi hak kerajaan negeri Sabah harus dipertahankan. Jangan ada pemimpin kita samada dalam BN atau pembangkang sanggup menjual maruah Bangsa dan Agama menjadi petualang negara. Sebagai kesimpulan bagi mereka yang menentang Penubuhan RCI, mereka lah sebenarnya bukan rakyat asli penduduk negeri Sabah yang mahu merampas hak kedaulatan rakyat negri ini.

image source: Sabah Kini Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-30419046831313106022011-11-24T16:21:00.002+08:002011-12-27T22:49:44.495+08:00Cadangan PSC Harus Digunapakai Dalam PRU13

Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) mengenai Pembaharuan Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Maximus J Ongkali perlu melakukan tugas mereka dengan kadar segera sebelum menjelang tiba PRU13. Kita tidak nafikan bahawa kerancakan jawatankuasa ini membuat lawatan untuk mendengar beberapa pandangan dan cadangan dari wakil-wakil pelbagai pertubuhan politik dan persatuan serta individu yang mendaftar dengan jawatankuasa tersebut. Namun apa yang menarik dengan jawatankuasa ini dari segi pelaksanaan tugas serta keterisan dan ketelusan penerimaan input dari penemuan pelbagai cadangan dari wakil-wakil pertubuhan.

Walaubagai mana pun keikhlasan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menambahbaik sistem Pilihan Raya dinegera ini masih dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Ini disebabkan mereka merasa khuatir bahawa usaha jawatankuasa ini hanya sia-sia disebabkan ada pihak-pihak tertentu lebih berkuasa untuk menidakkan kebenaran berdasarkan cadangan yang diterima, jika pandangan dan cadangan tersebut tidak memihak kepada mereka yang berkepentingan. Pada sesuatu ketika dahulu YB Tan Sri Bernard G.Dompok pernah dilantik untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa yang melibatkan isu-isu penyelasaian imgran di Sabah, namun sebilangan agensi kerajaa yang berkaitan tidak menunjukkan kesungguhan untuk bekerjsama, sehingga Tan Sri Bernard G. Dompok mengundur diri dari jawatankuasa tersebut.

Sebagai seorang warganegara yang mencintai keadilan dan kesejatharan terhadap negara ini, saya berpendapat kerajaan khususnya BN harus mengambil langkah berani untuk mengadakan transformsi Pilihan Raya yang bersih, tanpa menunggu desakan dari pihak parti pembangkang atau pun badan-badan NGO yang inginkan transfrensi dalam sistem demokrasi negara kita. Saya melihat apa pun cadangan kerajaan untuk menambahbaik sistem Pilihan Raya yang dianggap tidak relevan masakini perlu terjemahkan kepada realiti sesuai dengan kehendak pengundi dinegara ini.

Kedengaran juga cadangan-cadangan yang boleh menyumbang kearah pembaharuan Pilihan Raya dengan mengundi menggunakan dakwat kekal, Pengimbas Mykad, pembersihan daftar nama sistem undi pos, menggalakkan warganegara Malaysia yang tinggal diluar negara untuk menggundi, membersihkan daftar pemilih yang sedia ada, kerana dikhuatiri terdapat nama sebagai pengundi hantu. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, para pemimpin dari kedua negeri ini perlu mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan pusat pembuangan undi di Semenanjung Malaysia supaya rakyat dari kedua negeri ini dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara untuk mengundi.

Sememangnya terlalu banyak alasan yang diutarakan oleh para pemimpin kerajaan BN untuk menidakkan hak warganegara Malaysia yang berada diluar negara untuk mengundi, ini terbukti kenyataan Presiden MCA Dato' Dr Chua Soi Lek yang mengatakan kos yang ditanggung oleh kerajaan terlalu tinggi, jika sekiranya kita terpaksa membuka pusat mengundi dibeberapa tempat dimana rakyat Malaysia bertaburan disana sini. Adalah tidak rasional jika itu lah alasan yang diberikan, kerana negara Indonesia yang mempunyai lebih sepuluh kali ganda ramai bilangan penduduknya, dan begitu juga Amerika syarikat, tetapi mereka berupaya memberi peluang kepada warganegara mereka untuk menentukan kerajaan negara asal mereka. Dimanakah sistem demokrasi yang dianggap terbaik didunia yang dilaung-laungkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad?. Pemimpin yang sering menghentam negara luar, kononnya Malaysialah champion demokrasi. Apakah pemimpin negara kita jahil tentang demokrasi? sedang rakyat sendiri dinafikan hak mereka.

Apa pun kesimpulan jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) berhubung cadangan dan pandangan yang mereka perolehi dari pelbagai pertubuhan, seharusnya dapat dipamerkan kepada seluruh rakyat negara ini supaya keterisan dan ketelusan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membuat pembaharuan dan digunapakai dalam pilihan raya yang bersih dalam PRU13 akan datang, sangat-sangat dialu-alukan untuk meyakinkan rakyat terhadap kerajaan. Bagi rakyat Sabah pula pembersihan daftar pemilih yang sedia ada patut lakukan dengan seadil-adilnya demi kesejatheraan dan keselamatan rakyat negeri ini.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-40063160788588340192011-11-23T12:23:00.005+08:002011-12-27T22:51:47.933+08:00Mengapa Usul Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ditolak Speaker DUN

Isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kebanjiran penduduk rakyat asing yang memasuki negeri ini secara haram, sepatutnya mendapat sokongan dari para ahli YB Sabah agar dapat dilaksanakan segera. Namun usul yang dibawa oleh ADUN Luyang YB Datuk Malenie Chia samasa persidangan DUN baru-baru ini telah ditolak oleh Speaker DUN Datuk Seri Salleh Said keruak, yang mengatakan usul tersebut tidak perlu disegerakan dan juga ia merupakan hak kerajaan Persekutuan untuk menentukan samada perlu atau tidak.

Jika kita melihat dan merenung kembali penyertaan Sabah dan Sarawak dalam perjanjian 1963 membentuk negara Malaysia, dimana mengikut perkara 20, perjanjian yang dipersetujui bersama menunjukkan hak negeri kita sekali lagi tercabul (rujuk perkara 6 : Immigration): Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government BUT entry into Borneo (Sarawak and Sabah) should also require the approval of the State Government. The Federal Government should NOT be able to vote the entry of persons into Borneo (Sarawak and Sabah) for State Government purpose except on strictly security grounds. Borneo (Sarawak and Sabah) should have unfettered control over the movements of person other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia Borneo (Sarawak and Sabah). Ini bererti kerajaan negeri mempunyai hak mutlak untuk mendesak kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk melindungi hak negeri ini. Saya percaya persidangan DUN adalah wadah terbaik untuk membawa dan menyokong usul tersebut, agar ia mendapat perhatian segera kerajaan Persekutuan.

Berdasarkan perkembangan politik dan sosial dinegeri ini, saya percaya tindakan drastik oleh pemimpin negeri perlu diambil segera untuk membuktikan bahawa perjuangan mereka sebagai wakil yang dipilih rakyat. Mengikut stastistik bahawa dalam tampoh 40 tahun pertambahan penduduk negeri telah merekodkan peningkatan 390% manakala Sarawak hanya mencatat pertambahan penduduk 148%, sedangkan peningkat penduduk peringkat nasional hanya 165%. Apakah peningkatan secara mendadak penduduk dinegeri ini masih dianggap tidak serious untuk mengancam keselamatan dan kesejatheraan penduduk asal negeri ini?.

Walaupun banyak aduan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh individu-individu dan aktivist dinegeri ini termasuk penulis buku MD Mutalib dan Dr Chong Eng Leong, namun segala usaha mereka untuk membuktikan bahawa banyak penipuan dan pemalsuan untuk mendapat kerakyataan secara haram oleh penduduk tanpi izin kenegeri ini, justeru perkara ini telah dinafikan oleh Kementerian Halehwal Dalam Negeri. Apakah tidak cukup dengan aduan dan laporan terhadap tali barut yang menjadi dalang sebagai pelaku perbuatan keji ini, untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau mendakwa mereka samada mereka itu berstatus Menteri atau orang awam kemuka pengadilan, jika mereka bersalah?.

Pengumuman Datuk Seri Penglima Joseph Pairin Kitingan dalam perhimpunan Agung PBS baru-baru ini untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tahun 2012 untuk tujuan perkara diatas, adalah satu tindakan melambat-lambatkan prosses untuk menjalankan penyiasatan sehingga menunggu PRU13 akan berlalu, sedangkan rakyat Sabah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat hasil penyiasatan melalui Suruhanjaya Diraja (RCI) yang diketuai oleh beliau itu akan berhasil. Persoalannya mengapa harus menunggu Penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) tahun 2012 kenapa tidak sekarang?.

Berdasarkan maklumat saya dapati dalam pembentangan kertas kerja hasil kajian oleh beberapa agensi kerjaan yang melibatkan Jabatan immigresen, Pensyarah UM dan UMS serta Unit Perancang Ekonomi Negeri, anjuran Kementerian Pembangunan kependudukan Wanita dan Keluarga yang bertajuk "Prosses Migrasi Negeri Sabah" membuktikan bahawa dari jumlah penduduk dikawasan Kinabatangan yang melibihi 140,000. orang hanya terdapat 32,000 orang rakyat tempatan. Ini bermaksud selebihnya adalah rakyat asing. Kita mengambil kesimpulan bahawa kebanyakan kawasan Pantai Barat dinegeri ini telah dibanjiri oleh mereka yang tidak diundang. Jangan hairan sebahagian kecil wakil rakyat dinegeri Sabah yang lantang bersuara dalam DUN dan Parlimen mewakili rakyat tanpa izin, tetapi sering menimbulkan isu sijil anak negeri, yang sepatutnya bukan hak mereka yang bersuara kerena mereka juga bukan anak negeri.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-72737595428191904912011-11-16T12:20:00.001+08:002011-11-17T10:06:59.713+08:00Sabah Perlu Tuntut Royalti Minyak 20%

Agihan royalti minyak 5% yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah perlu dikaji semula tanpa menunggu selepas PRU13. Jika para pemimpin Sabah merasakan negeri ini kini menentukan kejayaan BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU13, mengapa harus takut mendesak pucuk kepimpinan mengambil tindakan segera berhubung isu ini.

Kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, agar Kerajaan Persekutuan memberi royalti kepada Kerajaan Sabah sebanyak 20% perlu diberi sokongan oleh para MP Sabah. Walaupun gesaan Tan Sri Harris mohon agar permintaan tersebut dengan cara baik, kerana beliau berpendapat YAB Datuk Seri Najib adalah PM yang bersikap terbuka, jika dibandingkan dengan PM sebelum ini, namun para pemimpin MP dari Sabah harus lantang untuk menuntut hak kita yang tidak dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak.

Justeru apa pun tindakan pemimpin MP dari Sabah menuntut berhubung royalti minyak perlu diterjermahkan sebelum rakyat menghukum pemimpin mereka dalam PRU13. Kita harus sedar bahawa negeri Sabah akan merupakan negeri pengeluar minyak nasional yang terbesar selepas negeri Trengganu, Sarawak dan Kelantan, tetapi dalam masa yang sama negeri-negeri pengeluar minyak yang dinyatakan adalah negeri tersenarai termeskin di Malaysia.

Kita juga merasa hairan walaupun kewujudan syarikat minyak nasional (Petronas) telah bertahun-tahun di bumi Sabah, namun negeri Sabah masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur, di mana masih ramai penduduk luar bandar masih diketegorikan miskin tegar sehingga kini. Kita tidak nafikan bahawa pembangunan yang begitu pesat di kawasan bandar-bandar Sabah terutama sekali Bandaraya Kota Kinabalu tidak menjamin kesejahteraan rakyat jelata keseluruhannya. Memang dapat dilihat secara pembangunan fizikal, namun kehidupan rakyat tidak terjamin dari segi keselamatan dengan kebanjiran PTI yang kini berleluasa di pelosok negeri ini.

Walaupun negeri Sabah menyumbang kepada kerajaan Persekutuan sebanyak 95% hasil minyak dari negeri ini, secara amnya rakyat negeri ini seolah-olah sering diperbulikan oleh segelinter pemimpin Persekutuan. Lihat sahaja pemberian biasiswa Petronas, siapakah mereka yang menerima kemudahan ini? Berapa ramai bilangan rakyat anak negeri Sabah menikamati hasil bumi mereka?. Seperti mana kita sedia maklum, bahawa kebanyakan anak-anak Sabah sangat bergantung dengan pemberian biasiswa Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri, jarang sekali dari Petronas, mungkin kalau pun ada ianya kes-kes terpencil.

Saya menggesa para pemimpin MP dan DUN negeri Sabah supaya melihat senario apa yang berlaku terhadap kerajaan sebelum dan kini, di mana parti Berjaya menyerahkan pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan, dan semasa kerajaan PBS pula Sabah Forest Industri yang terletak di Sipitang telah dijual kepada syarikat dari Semenanjung iaitu Lion Group sehinggalah konsensi balak telah habis dan keuntungan syarikat dibawa balik ke Semenanjung. Kemunculan UMNO pula sekali lagi Sabah Forest Industri bertukar tangan kepada syarikat dari India iaitu Bhalapur yang mana kerajaan negeri hanya berkepentingan 4%, sedangkan kawasan balak dari daerah Sipitang hingga ke Kemabung, Tenom telah diteroki dengan rakusnya oleh syarikat geragsi ini. Siapakah mereka yang mempunyai kepentingan dalam syarikat ini?.

Kesimpulan saya untuk menangani isu-isu yang menuntut hak rakyat negeri ini, adalah para pemimpin negeri Sabah perlu bersatu tenaga untuk menyuarakan dengan tegas agar suara mereka harus didengar oleh Kerajaan Persekutuan, serta memenuhi segala kehendak rakyat negeri ini tanpa menunggu PRU13. Jangan lupa komponen BN di Semenajung kian rapuh, kini Sabah dan Sarawak menentukan ke arah mana haluan BN selepas PRU13 nanti.Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-60588101096607010932011-11-03T13:17:00.005+08:002011-11-03T22:02:07.375+08:00Kenapa UMNO Sabah Melenting Kritikan Datuk Chin Su Phin?

Melihat isu-isu semasa politik tanah air negeri Sabah yang sering dipaparkan di dada media, saya mengambil kesimpulan sebilangan cara para pemimpin berfikir dan berhujah masih jauh ditahap rendah ataupun dengan kata lain politik kampung-kampung. Mana tidaknya pemimpin jenis ini asyik mengampu pemimpin atasan mereka dengan tujuan dalam PRU13 nanti mereka pasti dipilih semula. Sebenarnya sikap mereka ini akan membawa bala yang lebih besar kepada kerajaan BN yang dilihat menghadapi cabaran getir dalam PRU nanti, jika keadaan mengampu pemimpin atasan tidak dihentikan serta merta.

Saya begitu teruja atas sikap pemimpin seperti YB Datuk Ghapur Salleh, ahli Parlimen Kalabakan dan YB Datuk Lajim Ukin, ahli Parlimen Beaufort yang mengambil sikap terbuka dalam menyuarakan isu-isu yang berbangkit dengan masalah dalaman BN itu sendiri. Saya hairan walaupun parti yang bertaraf nasional seperti UMNO sudah bertapak sekian lama di negeri ini , namun sebilangan kecil pemimpin yang mewakili parti tersebut masih belum mempunyai standard yang boleh dibanggakan. Kerana mungkin mereka beranggapan mandat yang diberikan oleh rakyat setiap PRU, bukan untuk menyuarakan masalah rakyat yang diwakili mereka, tetapi satu wadah untuk memperkayakan diri demi mendapatkan kontrak berjuta ringgit. Mentaliti pemimpin jenis semacam ini harus ditolak oleh rakyat.

Kritikan Datuk Chin Su Phin dengan mulut celupar beliau menghentam UMNO, seringkali membuat sesetengah pemimpin rasa gelisah dan gusar atas sikap beliau yang tidak rasa gentar walaupun dilimparkan dengan kata-kata kesat seperti "biadap", "kurang ajar" dan banyak lagi perkataan yang tidak sepatutnya diperkatakan oleh seseorang namanya pemimpin. Lihat sahaja pencerobohan beberapa orang yang tidak bertanggungjawab semasa persidangan agung LDP di Sandakan yang dirasmikan oleh PM dan dihadiri bersama KM, perbuatan mereka ini pula dihalalkan oleh pemimpin UMNO tempatan, kononnya teriakan mereka semasa ucapan TPM itu tanda sokongan padu mereka terhadap TPM dan KM yang hadir. Adakah mereka sedar perhimpunan agung itu bukan milik UMNO atau PBS atau mana-mana komponen BN lain. Cubalah seandainya para penyokong LDP masuk ke dewan persidangan UMNO dan berteriak sesuka hati, adakah dianggap bersopan atau apa yang terjadi sebaliknya.

Kita perlu menerima hakikat dalam keluarga yang besar tidak semua anak-anak kita mempunyai perangai yang sama, ada yang menjadi anak kesayangan mak atau bapa, sehingga anak kita dipanggil "anak mak" atau "anak abah". Secara logiknya begitu juga parti-parti politik seperti komponen BN, yang pemimpinnya mempunyai ideologi yang berbeza. Tetapi kalau pemimpin itu bersikap mengampu sahaja kerjanya, akhirnya segala kelemahan ataupun barah dalam komponen BN itu sendiri tidak dapat disembuhkan, kerana tahap jangkitannya semakin parah. Itulah sebabnya para pemimpin UMNO perlu melihat kritikan rakan komponen mereka secara terbuka. Kita perlu belajar impak PRU12 2008, di mana aliran perubahan pemikiran rakyat sudah jauh berubah. Akibat terlalu mengampu kepada pemimpinlah menyebabkan UMNO-BN di Semenanjung Malaysia hampir-hampir hilang kuasa dalam kerajaan. Nasib baik rakyat Sabah dan Sarawak masih mempunyai keyakinan terhadap kerajaan BN. Liputan akhbar nasional yang pro kerajaan juga bukan penanda aras kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap BN, maka saya anjurkan jangan sekali-kali pemimpin BN naik tongking bila melihat satu majlis anjuran mereka mendapat sambutan yang hebat, kalau ia tidak boleh diterjemahkan dalam PRU13.

Komponen BN perlu menunjukkan taring mereka kepada rakyat untuk meperjuangkan agenda pembangunan yang sepatutnya rakyat harus nikmati, bukan itu sahaja kritikan antara sesama komponen BN menunjukkan mereka tidak diam begitu sahaja, dengan ertikata sebenar mereka itu buat kerja. Kalau mereka tidak menyuarakan isu-isu semasa samada luaran atau dalaman, maka rakyat mulai berfikir bahwa YB yang dipilih mereka hanya mengikut telunjuk pemimpin atasan sahaja. Ini menyebabkan parti pembangkang mulai mendapat ilham untuk menjatuhkan pemimpin BN yang takut bersuara untuk menegakkan kebenaran, walaupun perkara tersebut perlu diutarakan. Kritikan dalaman bukan bererti kita menghancurkan parti, tetapi ia akan lebih menguatkan lagi keutuhan parti tersebut, dengan tujuan memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Jangan sampai rakyat kita sendiri sudah muak perangai pemimpin kita sehingga menghukum pemimpin kita dalam PRU13 kelak.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-58459338555560325592011-11-02T16:31:00.001+08:002011-11-03T22:34:45.427+08:00Adakah Wajar Mengheret Sistem Pendidikan Kita Ke Kancah Politik?

Kebelakangan ini terlalu banyak isu yang dipolitikkan oleh setengah pihak yang terlalu rakus dan ghairah untuk memenuhi kepentingan sebilangan kecil masyarakat yang mudah diselewengkan dengan fakta yang sebenar demi mencapai agenda yang tersembunyi. Tidak dinafikan lagi baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumankan bahawa sistem pengajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris kembali kepada bahasa Melayu. Keputusan ini mengikut beliau adalah berdasarkan beberapa kajian oleh golongan cerdik pandai bahawa sistem pengajaran sebelum ini tidak mendatangkan sebarang peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris yang digunakan kepada kedua-dua mata pelajaran yang dimaksudkan.

Apa yang menjadi keraguan kepada kita bahawa sistem ini telah lama digunapakai oleh para ahli akademik untuk mendidik anak bangsa kita supaya anak-anak generasi baru akan dapat bersaing dalam dunia global masakini. Tindakan untuk mengembalikan sistem yang sedia ada, tentunya bukanlah langkah yang bijak, walaupun pembanjiran masa terhadap sistem sudah berlaku. Pihak kementerian pelajaran sepatutnya berusaha mencari kaedah yang tepat untuk memenuhi keperluan sebenar dari segi tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi serta berkualiti untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi pelajar untuk menguasai bahasa ini.

Penghapusan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan Sains dan Matematik, seolah-olah kita mengikat batu dileher anak kita lalu mencampakkan mereka ke sungai. Kenapa tidak, kaum bumiputera yang miskin di kawasan pedalaman dan bumiputera yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak ke pusat pembelajaran bahasa Inggeris akan jauh ketinggalan di belakang dengan bangsa lain yang mempunyai kekayaan. Apatah lagi menteri-menteri, ahli-ahli politik dan ahli perniagaan berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke luar negara tanpa mengambilkira terhadap masyarakat yang daif dinegara ini. Dan setelah anak-anak mereka kembali ke tanah air, walaupun anak-anak mereka tidak cemerlang dalam akademik mereka, tetapi dengan penguasan bahasa Inggeris dengan baik, pasti tidak ada alasan syarikat untuk tidak mengambil mereka atas kelebihan cara berkamunikasi yang diperlukan dalam dunia perniagaan hari ini.

Ketidak konsisten kerajaan yang bertanggungjawab dalam kementerian tersebut menjadi tanda tanya setiap masyarakat yang ingin melihat negara kita bergerak maju, bukan sahaja pembangunan mencakar langit, namun kita perlu menyediakan modal insan yang menguasai pelbagai kemahiran samada teknologi, sains, bahasa dan banyak lagi dengan tujuan bagi menarik lebih banyak pelabur asing dari luar negara datang kenegara ini serta membuka peluang pekerjaan, secara tidak langsung meningkatkan pendapatan rakyat dan meninggikan taraf hidup rakyat dinegara ini. Sepatutnya kerajaan tidak seharusnya tunduk dengan tekanan oleh sebilangan kecil pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan sistem yang sedia ada. Tidak semestinya penggunaan bahasa inggeris secara berlaluasa dinegara ini mengurangkan semangat patriot kita kepada negara. Semangat patriot itu adalah satu sikap kita menunjukkan kesetian seseorang terhadap negara, tanpa mengira warna kulit dan agama seperti mana tuntutan ajaran agama masing-masing.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-7249797243444166832011-10-27T15:33:00.001+08:002011-11-03T22:13:52.396+08:00SAPP Harus Berfungsi Sebagai Parti Lokal

Melihat kepada perkembangan isu-isu politik tanah air dan mengambil kira kepentingan rakyat negeri Sabah, saya mengambil kesimpulan bahawa, tibalah masanya SAPP harus berjalan sendirian tanpa bergabung pada mana-mana parti politik yang berasal dari Semenanjung. Walaubagaimanapun kepimpinan SAPP perlu membuat satu re-branding terhadap parti tersebut di peringkat pimpinan tertinggi dengan tujuan memantapkan lagi gandingan yang sedia ada.

Apa yang saya lihat sekarang bahawa perang mulut secara terbuka melalui media cetak oleh SAPP terhadap rakan pembangkang mereka DAP, tidak akan membawa sebarang kebaikan malahan memudaratkan lagi peluang untuk memenangi sebarang kerusi dalam PRU13. Ini jelas bahawa dalam pilihanraya kecil parlimen di Batu Sapi di mana SAPP dan PKR masing-masing bersaing untuk meraih undi dan berlaku perselisihan faham sehingga berlakunya tuding-menuding jari tanpa disedari bahawa musuh yang harus mereka hadapi adalah BN.

SAPP sepatutnya kembali kepada perjuangan asas untuk mempertahankan hak negeri ini dalam mengukuhkan perjuangan rakyat Sabah agar tidak dirampas oleh mana-mana pihak. Konsistensi dan fokus terhadap perjuangan, SAPP akan memberi impak yang positif kepada rakyat Sabah yang mahu hak mereka tidak tergadai begitu sahaja. Justeru, SAPP perlu di re-branding dengan membawa masuk para pemimpin yang berkalibar dan berpengaruh daripada kaum KDM dan juga Muslim bagi menunjukkan SAPP benar-benar bukan dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Walaupun pada dasarnya terdapat beberapa pemimpin yang sedia ada adalah daripada kaum tadi, namun itu tidak cukup kerana ramai mereka hanya semata-mata untuk menjadi calon tanpa mengambilkira pengaruh mereka di peringkat akar umbi.

Penggabungan SAPP dengan parti pembangkang dari Semenajung dalam PRU13 akan datang untuk menghadapi BN tidak akan membawa sebarang manfaat, kerana ketulinan perjuangan yang berasaskan kenegerian akan menghakiskan kepercayaan rakyat untuk mempertahankan hak dan otoriti terhadap negeri Sabah. SAPP perlu berjuang berlandaskan isu-isu semasa yang disuarakan oleh akar umbi seperti PTI, Tanah Adat, Otoriti Pendidikan kepada negeri, Imigresen dan banyak lagi yang termaktub dalam 20 perkara yang masih relevan sampai hari ini.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-67518498858594167412011-10-21T10:59:00.001+08:002011-10-24T08:01:10.398+08:00"Sejuta Umat" (Himpunan) -Membawa Impak Dalam PRU13

Usaha NGO Islam untuk menghimpun sejuta umat islam di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011 bersamaan hari sabtu ini untuk menandakan protes terhadap orang Kristian yang kononnya memurtadkan orang Islam ke Kristian perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Secara peribadi saya melihat sejak akhir-akhir ini sebilangan kecil pemimpin kita terlalu ghairah untuk menggunakan atas nama badan-badan NGO untuk melakukan provokasi melalui agama dan bangsa untuk memecahkan hubungan kaum yang sudah berkurun lamanya hidup harmoni. Jika sikap sebilangan pemimpin yang bertopeng badan NGO ini tidak dihentikan, saya yakin tidak semua orang M elayu bersetuju akan agenda di sebalik protes yang dilakukan.

Sepatutnya kita perlu mengambil iktibar kembali kepada sejarah silam yang mengakibat rusuhan kaum sehingga berlakunya ketegangan yang dahsyat pada 13 Mei. Sebagai rakyat Malaysia yang lahir di negeri Sabah bersyukur bahawa bumi Sabah belum pernah diwarnai ketegangan kaum mahupun agama. Keunikan masyarakat negeri Sabah yang hidup hormat-menghormati telah diwarisi zaman berzaman sehingga sekarang.

Isu penukaran agama Kristian ke agama Islam atau sebaliknya tidak lagi menjadi isu yang begitu sensetif, disebabkan ikatan kekeluargaan begitu akrab yang tidak dapat dipisahkan, walaupun kepercayaan yang berlainan. Soal Tuhan yang mana kita sembah itu adalah hubungan secara peribadi kita dengan Tuhan yang mana ditentukan di hari hahirat nanti, kerana dunia tidak dapat menghakimi siapa yang harus masuk neraka atau sorga.

Dengan timbulnya pelbagai isu yang membabit agama dinegara ini menjelang PRU13 yang belum pun ada ketentuan masanya, seperti bermain bolasepak dipadang dalam masa kecederaan, bila-bila PM akan meniup wiselnya, saya khuatir sokongan rakyat terhadap BN akan berulang seperti mana pada PRU 2008. Ini bermakna PRU13 satu lagi keadaan getir yang harus dilalui oleh BN. Saya mempunyai alasan yang kukuh, kerana isu agama bukan sahaja melibatkan parti pembangkang, namun sedikit sebanyak faktor dalaman BN itu sendiri akan membawa padah.

Penafian pemimpin parti UMNO yang merupakan tunjang kerajaan BN tidak terlibat dalam himpunan tersebut, tidak cukup memberi keyakinan kepada sebilangan rakyat negara ini selagi perhimpunan ini telah dihalalkan dan mendapat permit dari pihak polis. Justeru, ramai yang berpendapat bahawa sesuatu yang menghairankan, jika BERSIH diharamkan mengapa tidak layanan yang sama perlu dilakukan bagi badan-badan NGO lain tidak terkecuali.

Tuduhan bahawa perhimpunan ini telah dipolitikan oleh sesetengah pihak tidak timbul, kerana rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan fahaman politik akan menyaksikan kebenaran siapa yang benar dalam hal ini. Apa yang kita harapkan seluruh masyarakat yang menganuti pelbagai agama akan terus mendoakan kesejetheraan negara kita, agar Tuhan terus melindungi rakyat kita supaya hidup aman damai dan hormat menghormati serta sentiasa mengampuni orang yang cuba melakukan perbuatan keji terhadap sesama insan.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-80680482743310940762011-10-20T16:15:00.002+08:002011-10-24T07:58:16.251+08:00Isu Calon Menang

Gema Pilihanraya semakin hampir di mana isu-isu tentang formula pembahagian kerusi seringkali berkumandang. Ada kompenan parti BN merasa tidak puashati atas tingkah laku rakan mereka mengambil mudah dengan membawa kerusi mereka ke parti lain, tetapi masih dalam kompenan tanpa bersusah payah untuk menuntut hak mereka dalam BN untuk menghadapi PRU akan datang.

Banyak istilah digunapakai dalam menentukan calon yang boleh menang dalam pilihanraya kali ini. Mungkin ada kewajarannya untuk mepastikan calon yang diketengahkan oleh BN nanti pasti memberi kemenangan selesa untuk memberi penguasaan BN lebih dua pertiga dalam dewan rakyat kelak. Walaubagai manapun ramai pengundi belum mendapat ilham, apa yang dimaksudkan "Calon Menang", kerana adakah pemilihan calon itu nanti berpaksikan kaum, bilang ahli parti dalam kawasan Parlimen atau DUN atau calon tersebut dapat diteriama oleh pengundi tanpa mengira latarbelakang, bangsa dan agama?.

Dalam menentukan seseorang calon yang mewakili parti dalam sesuatu pilihanraya, pasti president parti akan membuat keputusan berdasarkan rekod masa lalu, itu pun kalau calon tersebut penyandang YB. Tetapi kalau dia merupakan calon baharu apakah kretria calon yang ditentukan. Ramai yang berpendapat seseorang calon perlu mempunyai hubungan baik dengan rakyat yang genuin, sanggup turun padang tanpa menunggu diadakan pilihanraya, tidak pilih kasih dan juga berpendidikan diperingkat Universiti, dengan tujuan seseorang wakil rakyat yang pilih boleh membawa pembangunan ekonomi berterusan kepada rakyat yang diwakilinya.

Walau bagaimana pun kretria-kretria yang kita ceritakan ini tidak mungkin terlintas dalam pemikiran seseorang yang ingin menjadi calon. Ini jelas bahawa kebanyakan mereka yang menjadi wakil rakyat tidak ada ciri-ciri untuk memperjuangkan masalah rakyat, tetapi mereka menganggap jawatan dan kuasa yang rakyat berikan untuk mereka melalui pilihanraya telah digunakan dengan rakus untuk membolot harta kekayaan bumi untuk kepentingan peribadi dan keluarga mereka.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-48778462165403270512011-07-26T11:35:00.002+08:002011-07-26T18:58:19.826+08:00PRU Ke 13 Ujian Getir Bagi BN

Melihat perkembangan isu-isu semasa situasi politik tanah air, saya mengambil kesimpulan bahawa pilihan raya ke 13 kali ini merupakan ujian paling getir dalam senario politik tanah air yang harus dihadapi para wakil rakyat BN. Kita sedia maklum bahawa usaha demi usaha DS Najib Tun Abd Razak, Perdana kita untuk memulihkan keyakinan rakyat selepas tsunami politik 2008, namun pintu kebebasan bersuara yang dibuka Tun Abdullah Badawi mantan PM amat sukar ditutup.

Pilihan raya kali ini amat sukar diramal dari aspek kekuatan parti yang bertanding. Kalau ditinjau dari laporan akhabar kebangsaan atau berita-berita TV tentu sekali 90% yang mengatakan rakyat masih dibelakang kerajaan BN yang memerintah. Tetapi, adakah kita pernah terfikir suara dari akar umbi itu kalau diterjemahkan ke peti undi, itulah sebenarnya menentukan siapa yang membentuk kerajaan akan datang.

Apa yang saya lihat situasi politik di semenanjung kini semakin parah. Isu-isu agama, bangsa dan hak asasi manusia kini menular dikalangan masyarakat pelbagai bangsa dan agama sedang berlaku.

Jika kita mengimbas kembali, bagaimana isu-isu sensetif ini berlaku, tentu sekali ramai yang menyalahkan parti-parti pembangkang kononnya merekalah punca sebenar. Tetapi, UMNO dan Melayu lupa, apa yang berlaku hari ini sebenar disebabkan kebongkakaan sebilangan kumpulan kecil mereka telah menafikan hak bangsa lain yang sepatutnya dikongsi bersama. Banyak bukti yang sukar mereka nafikan kebenarannya. Dalam perhimpunan besar, mereka terus mengesak dan menyindir bangsa lain dan begitu juga badan-badan NGO pro kepada kumpulan ini dengan menggunakan pelbagai teknik termasuklah mengistharkan perang salib kepada bangsa dan agama lain. Adakah, selama ini bangsa lain tidak menghormati kumpulan ini?. jawapannya tidak. Kerana bangsa lain terpaksa gigih berusaha untuk meningkatkan kehidupan mereka tanpa mencuri hak orang lain dan mengharap apa pun bantuan dari pihak kerajaan.

Kita merasa simpati usaha DS Najib atas usaha beliau mencipta pelbagai dasar demi mentransfomasikan negara dan ekonomi kita ketaraf yang lebih hebat, agar rakyat menikmati hidup selamat dan selesa. Tetapi, terdapat juga sebilangan kecil orang disekililing beliau yang tidak memikirkan keharmonian dan hubungan kaum sering mencetus provokasi, tanpa mereka sedari merakalah sebenarnya menimbulkan provokasi. Kenyatan demi kenyatan DS Najib untuk memulihkan hubungan kaum dan agama dinegara ini, termasuk baru-baru ini berjumpa dengan Pope roman katolik di Vatican city, masih tidak menyakinkan rakyat penganut agama kristian dinegara ini tentang keikhlasan DS Najib menengani isu tersebut. Ini disebabkan penahan beberapa naskah alkitab dan pengharaman istilah-istilah yang digunakan oleh orang kristian berkurun-kurun, juga menjadi persoalan yang belum selasai.

Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian, saya mengesyorkan agar para pemimpin UMNO-BN, serta badan-badan NGO lain perlu mengambil langkah proaktif untuk membantu DS Najib bagi menjamin gagasan 1Malaysia itu dapat dicapai, dengan mengambil sikap sederhana dan adil kepada semua kaum dinegara ini, tanpa menyingong perasaan orang lain. Kejayaan Malaysia hari ini sejak meredeka lagi, adalah hasil kerjasama dan hubungan kaum yang baik. Dan tidak ada satu bangsa pun menganggap mereka adalah champion dinegara ini.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-63934945439897932802011-05-09T11:02:00.006+08:002011-05-15T13:53:37.458+08:00Isu Agama Kristian Agama Rasmi Satu Rekaan
Laporan Utusan Malaysia berhubung dengan pertemuan paderi kristian di Pulau Pinang yang dimuatkan melalui blog kononnya pertemuan Paderi tersebut adalah mengistharkan agama kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan Perdana Menteri orang kristian, tidak masuk akal. Perbuatan pihak tertentu untuk memporak peranda keharmonian negara berbilang kaum sepatutnya dikutuk habis-habisan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa agama dan kaum. Pihak media massa perlu berhati-hati menyiarkan sebarang berita yang belum pasti ketulinan sesuatu bahan tanpa prejudis terhadap sesuatu kaum atau agama di negara ini.

Saya berpendapat berita karut dan rekaan melalui blog pribadi ini adalah berniat jahat dan merupakan strategi politik kotor oleh sebilangan politikus yang sudah ketandusan idea untuk mengambalikan keyakinan rakyat untuk menyokong mereka dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Perhimpunan atau pertemuan para pemimpin agama semada Islam dan kristian, jangan sekali-kali disalah tafsirkan seolah-olah setiap pemimpin agama yang berstatus mulia ini berniat jahat, sedangkan tanggungjawab mereka lebih besar dari seorang pemimpin politik.
Justeru, prangsangka buruk yang cuba mengapi-apikan isu-isu agama dengan tujuan menimbulkan rasa perkauman yang kini serius dinegara ini harus dihentikan dengan segara.

Sebagai seorang kristian dan mempunyai saudara kandung yang ada hubungan kekeluargaan dengan orang Melayu melalui perkahwinan di negeri Kelantan, Pahang dan Johor, amat sedih apa yang berlaku dinegara kita terutama sekali di Semananjung Malaysia. Ada setengah pihak cuba mengeruhkan suasana kerukunan hubungan kaum yang sedia terjalin, dengan menuduh bangsa lain tidak sensitif terhadap perasaan sesuatu kaum. Malahan setiap majlis yang dianjurkan oleh sesuatu agama, dan kebetulan dihadiri oleh seorang wakil rakyat pembangkang yang menganut agama kristian, juga dijemput dicap mempunyai muslihat tertentu. Adakah adil tuduhan secara melulu yang dilimparkan kepada penganut agama lain, tanpa memikirkan akibatnya?.

Untuk tetapan para pembaca blog saya, sebagai penganut agama kristian rumah ibadat merupakan tempat yang suci dan kudus, dan adalah menjadi amalan orang kristian setiap khotbah dan doa syafaat mohon kepada Tuhan Yang Esa agar melindungi pemimpin negara terutama YDPA, Perdana Menteri, Tim. Perdana Menteri, jemaah Menteri kabenat, wakil-wakil rakyat dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri agar mereka diberi hikmat memerintah negara ini secara adil dan saksama, bebas daripada rasuah dan bijak mengurus hasil bumi serta kesihatan mereka sentiasa terpelihara. Penganut kristian juga diajar untuk memaafkan setiap penganiyaan yang dilakukan terhadap mereka tanpa membalas dendam, hanya akhirat yang menentukan pengadilan bukan manusia didunia ini.

Dalam artikal 11 perlembagaan Persekutuan, umat kristian dinegara ini sentiasa menghormati undang-undang yang inginkan kehermonian antara agama, disamping mengakui agama Islam adalah agama rasmi negara dan Perdana Menteri Malaysia juga beragama Islam, itu sudah termaktub dalam perlembagaan negara yang ditidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Apa yang saya lihat, semakin pihak-pihak tertentu membuat fitnah dan tuduhan liar terhadap bangsa dan agama lain, maka akhirnya rakyat akan membuat penilaian dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, bukan pemimpin yang selalu mencari publisiti murahan seperti pembela, Perkasa dan lain-lain. Rakyat sudah muak dengan perangai segelintir pemimpin yang memperalatkan badan-badan tertentu termasuk media yang tidak bertanggungjawab. Cuba imbaskan kembali perbuatan yang terkutuk meletakkan kepala babi diperkarangan masjid dan banyak lagi perbuatan keji mencamarkan rumah ibadat. Angakara siapa kah ini ? orang awam
ingin tahu adakah petualang ini ditangkap dan diadili dan siapakah mereka?..

Pemimpin persekutuan perlu sensitif apabila mengulas sesuatu isu, apatah lagi isu yang membabitkan kaum dan agama dinegara ini, bukan ikut sedap mulut sahaja. Kerana mereka bukan mewakili kaum mereka sahaja, tetapi mereka adalah pemimpin untuk semua lapisan masyarakat dan bangsa dinegara ini. Jika pemimpin bersikap prejudis terhadap rakyat yang diwakili mereka, akibatnya konsep 1Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, tidak dapat dilaksanakan kerana jemaah menteri beliau terlalu emosi tanpa memikirkan akibat masa depan negara ini. Persoalan saya, mengapa kementerian halehwal dalam negeri yang diketuai oleh Dato' Hashamuddin Tun Hussein, tidak mengambil tindakan terhadap individu yang bersongkolkan badan NGO sering menimbulkan isu-isu yang berbau perkauman, apakah ini satu sikap double standard?.

Sebagai rakyat bumiputera negeri Sabah merasa bangga atas sikap kesedarhanaan yang ditunjukkan oleh kepimpinan negeri ini, yang diketuai Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Musa Aman, yang tidak terikut-ikut dengan rentak politik ala Semananjung. Kita berharap pemimpin lain juga perlu bersikap sedimikian, kerana rakyat Sabah selama ini hidup dalam suasana aman damai. Walaupun negeri Sabah mempunyai lebih 30 ethnik suku kaum namun mempunyai keunikan budaya, toleransi dan agama yang begitu baik, perlu menjadi contoh kepada negeri lain di Semananjung. Jangan sekali-kali keunikan dan suasan harmoni negari kita dicabuli oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjajah minda kita dan generasi masa depan anak negeri kita.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-2258050527020996072011-04-25T11:51:00.010+08:002011-04-26T12:21:21.483+08:00Ada Sebab Datuk Chin Su Phin Lantang Bersuara

Kelantangan suara Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik People ( LDP ) mengkritik kepimpinan BN negeri telah menimbulkan ketegangan dan kemarahan di kalangan pemimpin kompenan BN terutama sekali para pemimpin UMNO yang tidak mau Ketua Menteri Sabah dikritik secara terbuka. Ada sesetengah pemimpin ini menggelar Datuk Chin sebagai biadap, tidak menghormati Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Ketua Perhubungan BN Negeri. Malahan kenyataan Datuk Salleh Tun Said Keruak juga menggesa pemimpin UMNO negeri harus mempertahankan Ketua Menteri setelah diasak bertubi-tubi kritikan dari pemimpin orang nombor dua LDP itu.

Kalau kita mengimbas kembali sejarah parti LDP di negeri ini yang diasaskan oleh mantan Presiden Tan Sri Chong Kah Kiat pada awal tahun 80-an, sudah pasti ramai yang bersetuju bahawa parti LDP lah yang sanggup timbul dan tenggelam bersama BN sebelum kedatangan UMNO ke Sabah. Saya masih ingat keahlian anggota LDP seluruh negeri Sabah pada masa itu lebih kurang 7000 orang. Atas kesetiaan Tan Sri Chong Kah Kiat semasa era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad, menyebabkan Tan Sri Chong Kah Kiat diserapkan ke dalam kabinet beliau melalui perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) yang membolehkan beliau memegang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

Apa yang saya lihat kenyataan Datuk Chin Su Phin, mengambil senario politik negeri Sarawak baru-baru ini sebagai kayu pengukur yang berkemungkinan akan berlaku di Sabah di mana pengundi masyarakat Cina akan beralih kepada pembangkang dalam PRU13 dan seterusnya pembangkang meraih banyak kerusi, sukar bagi kita menerima dan bersetuju pendapat beliau. Ini disebabkan kepimpinan negeri Sarawak yang dikemudikan Pehin Tan Seri Taib, telah begitu lama dan perlu suntikan tenaga dan idea baru untuk memecut ekonomi negeri tersebut lebih dinamik.

Untuk mentransformasi dan menggilap pemimpin menerajui sesebuah oragnisasi atau kerajaan tidak perlu memerlukan masa sehingga 30 tahun, kerana rakyat akan merasa muak dengan corak kepimpinan yang lama. Bagi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman, rakyat masih memerlukan beliau untuk menerajui kerajaan negeri, sekurang-kurangnya satu penggal lagi. Ini dapat dibuktikan, bahawa kemampuan dan kepimpinan beliau begitu terserlah untuk membawa Negeri Di Bawah Bayu ini ketahap yang lebih gemilang pada masa depan setanding negeri-negeri di semananjung. Ditambah pula Datuk Seri Musa, belum sampai 10 tahun sebagai Ketua Menteri Sabah, dan kita sudah melihat hasil yang membanggakan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.

Sebagai kesimpulan dalam artikal ini, bahawa kelantangan Datuk Chin Su Phin mengritik kepimpinan BN negeri bukanlah mempunyai agenda peribadi, tetapi faktor-faktor yang berkemungkinan beliau menjadi alat dalaman setengah pihak dalam kompenan BN itu sendiri yang begitu ghairah untuk mengganti kepimpinan Ketua Menteri. Disamping itu, LDP tidak punya pilihan kecuali mengkritik Ketua Menteri Sabah dengan alasan mereka sudah menegakkan kebenaran dan menuntut keadilan, agar sumbangan mereka tidak diketapikan dengan sewenang-wenangnya. LDP juga takut dengan bayang-bayang, jika mereka tidak lantang bersuara berkemungkinan akan dihukum oleh pengundi, terutama sekali masyarakat Cina dalam PRU13 akan datang.

Kekhuatiran akan pengundi mereka mengalihkan undi mereka kepada DAP, seperti mana berlaku kepada parti SUPP di Sarawak. Bukan itu sahaja, senario ini berlaku kepada parti PBS pada awal tahun 1990 di mana ramai yang berpendapat, seandainya mereka tidak keluar BN pasti pengaruh DAP akan menular ke Sabah.

Saya juga ingin membuat andaian kemungkinan dalam beberapa mesyuarat kepimpinan BN negeri yang mereka hadiri tidak dapat memuaskan hati mereka, disebab permintaan dan tuntutan ditolak. Maka cara terbaik mereka untuk menyuarakan pandangan adalah melalui media massa, walaupun ada setengah pihak tidak dapat menyalami isi hati mereka yang sebenar.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-43649614583933444602011-04-21T10:10:00.003+08:002011-04-21T14:46:36.467+08:00Kesudahan PR Sarawak Ke10 Sebagai Isyarat PRU ke13Mengimbas kembali keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sudah baru berlalu beberapa minggu lalu, umum berpendapat bahawa penguasaan 12 kerusi oleh DAP daripada 14 kerusi yang ditandingi majoriti pengundi masyarakat cina telah diduga. Malahan Tun Dr Mahatahir mantan PM kita berpendapat virus politik perkauman DAP telah pun menular ke Sarawak. Apa pun pendapat beliau tentang keputusan pilihan raya yang memperlihatkan bahawa masyarakat cina lebih cendorong menyokong pembangkang terutama DAP, tidak semestinya pendapat beliau dipersetujui seratus peratus.

Adakah kita tidak sedar bahawa kedengaran suara-suara yang terlalu ekstrem dan melampau melaung-laungkan tentang satu ketuanan bangsa hanya kepada sesuatu kaum sahaja, bukan kah itu satu perkauman yang serius?. Walau bagai manapun,kesudahan pilihan raya ke10 negeri bumi kenyelang adalah merupakan isyarat kepada BN untuk menghadapi PRU ke13.

Banyak faktor dan sebab musebab kenapa parti pembangkang meraih tambahan kerusi dalam pilihan raya kali ini, walaupun tsunami politik tidak menjadi. Namun gelora politik kali ini telah sedikit sebanyak akan mendorong rakyat Sarawak berani membuat keputusan dimasa depan tanpa merasa tekanan dari mana-mana pihak. Penampilan beberapa calon-calon muda yang mewakili DAP dalam lingkungan usia bawahan 30 memerperlihatkan bahawa pengundi yang diwakili mereka inginkan perubahan di peringkat kepimpinan negeri, kerana mereka sudah muak dipimpin oleh golong tua yang tidak mahu turun dari takhta kecuali dipaksa.

Kita juga harus melihat peralihan sokongan masyarakat cina kepada pembangkang secara positif tanpa membuat kesimpulan negatif dan menghukum mereka. Dalam sistem negara yang mengamalkan demokrasi dimana-mana dunia pun kerajaan tidak seharusnya mengenapikan rakyat dalam soal pembangunan, kerana setiap rakyat dan pembayar cukai berhak menuntut apa yang seharusnya dimiliki mereka. Apa bila sesebuah kerajaan tidak telus dan adil, rakyat akan mengadili mereka melalui peti undi.

Kita juga harus sedar bahawa pengalaman dalam mentadbir kerajaan terlalu lama bukan menjadi kayu pengukur sesorang pemimpin kearah sesebuah negara dan negeri kepuncak kejayaan untuk bersaing diperingkat global semada ekonomi, politik maupun sosial. Lihat President Amerika Barak Obama, beliau hanya merupakan seorang ahli senate junior tetapi kini menjadi President negara besar, bukan itu sahaja malahan dunia tunduk dengan negara tersebut.

Transformasi kerajaan dan ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan sepatutnya juga melibatkan transformasi pemimpin, agar idea-idea baharu dapat disuntik untuk memacu ekonomi negara kita dalam suasana persaingan tanpa hak mutlak dan keistimewaan sesuatu suku kaum, baharulah negara tersebut dianggap kompetatif.

Berbalik kepada keputusan pilihan raya ke10 Sarawak,masyarakat bumiputera melanau/melayu, iban, badayuh, dan orang ulu lain masih memberi sokongan kuat kepada BN, dimana parti kompenan BN seperti PBB,PRS,SPDP dan calon bumiputera yang mewakili SUPP juga menang. Ini menunjukkan bahawa bumiputera Sarawak masih bergantung penuh dengan usaha kerajaan untuk meneruskan pembangunan ke kawasan mereka.

Faktor lain yang kita lihat bahawa masyarakat bumiputera Sarawak belum bersedia membuka pintu mereka untuk parti dari Semenanjung untuk bertakhta di Sarawak, kerana BN negeri merupakan produk tempatan cuma menjadi kompenan BN, bukan seperti di Sabah dengan kehadirannya UMNO. Adapun kemenangan parti PKR yang menang 3 kerusi disebabkan kualiti,populariti serta personaliti calon itu sendiri yang menjadi nilai tambah kepada peribadi tersebut yang dapat menambat hati para pengundi.

Saluran maklumat juga, sedikit sebanyak boleh mempengaruhi persekitaran pemikiran mereka untuk menyokong seseorang calon atau parti, kerana majoriti masyarakat dikawasan pedalaman yang daif dan ditambah dengan kekurangan infrastruktur yang membuat mereka kurang terdedah dengan pengaruh media menyebabkan mereka tidak banyak pilihan, selain menyokong kerajaan yang sedia ada.

Walau bagaimana pun dengan kehadiran 16 wakil pembangkang di dewan undangan negeri Sarawak bakal menghangatkan suasana perdebatan mereka dengan wakil BN, ini menunjukkan suasana politik di negeri ini bertambah sihat kerana sistem demokrasi akan terus hidup.

Apa pun andaian semada pro dan kontra berhubung kesudahan pilihan raya ke10 Sarawak, kita tidak nafikan bahawa PRU ke13 bakal menanti satu lagi debaran yang perlu BN lalui, kerana kita percaya pembangkang Sarawak mampu menghantar 5 hingga 7 orang wakil mereka ke Parlimen dalam PRU akan datang ini, jika dilihat persiapan dan strategi serta isu-isu yang mereka gunakan semasa PR ke10 lalu.Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-84873892826720554992011-04-14T16:18:00.004+08:002011-04-21T16:18:42.005+08:00Debaran Tsunami politik Sarawak Kini Menanti.Bahang kehangatan kempen pilihan raya Sarawak kini memuncak. Ramai penganalisa politik tanah air menjangka Sarawak bakal mengalami Tsunami politik yang tidak pernah berlaku sejak beberapa dekat.Walaupun usaha parti pemerintah BN telah berusaha mengarah tenaga dari pelbagai sudut, namun rakyat Sarawak tidak lah semudah itu untuk mengiakan, apa pun janji manis BN untuk terus menyalurkan pembangunan kepada rakyat yang selama ini telah dinafikan hak mereka.

Mungkin selama ini kepimpinan negeri yang diterjui Pehin Tan Sri Taib Mahmood selama lebih dari tiga puloh tahun, menganggap rakyat masih lagi memberi sokongan padu kepada kepimpinan beliau dan kuncu-kuncunya, namun jangkaan tersebut kini kian melesat. Ini bukan disebabkan kepintaraan pemimpin pembangkang berhujah semasa kempen seperti Lim guan Eng, Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan ramai lagi pemimpin pembangkang lain, tetapi isu - isu domestik merupakan alasan rakyat Sarawak sudah muak dengan kepimpinan BN negeri. Sebagai contoh isu tanah adat NCR, kekayaan yang dimiliki oleh Pehin, dan yang terbaharu penahan beribu-ribu naskah Alkitab kristen yang dianggap mereka sebagai penghinaan dan penafian hak kebebasan beragama, yang majoriti penduduk negeri ini adalah penganut agama kristen.

Banyak ramalan dan analisa politik telah dibuat oleh badan-badan NGO dan para penganalisi politik di institusi pengajian tinggi tempatan negeri ini, menjangkakan keputusan pilihan raya pada malam 16 April, nanti bakal membuat kejutan. Ada pihak menjangkakan parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, PAS, dan SNAP mampu menafikan 2/3 minapulasi dewan, yang dikuasai BN yang terdiri daripada PBB, SUPP, SPDP, dan PRS dan tidak kurang pula meramalkan pilihan raya kali ini akan menukar kerajaan BN yang sedia ada.

Pendapat saya secara peribadi berhubung pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah angin perubahan yang begitu ketara hasil analisa saya berdasarkan cakap - cakap di kaki lima atau kedai kopi di pekan Lawas, yang meliputi kawasan dewan undangan negeri Ba'Kelalan dan Bukit sari beberapa bulan lalu sebelum penamaan calon. Ramai daripada mereka yang saya temui mengatakan mereka akan berpihak kepada pembangkang disebabkan kerajaan BN negeri begitu bermaharajalela memerintah bumi kenyalang ini. Saya juga sempat bersembang-sembang dengan seorang tauke yang berasal dari Miri, Sarawak yang mempunyai rangkaian perniagaan besar di Sabah dan Kuala Lumpur, juga berkongsi perkara yang sama sentimen rakyat Sarawak yang inginkan perubahan.

Melihat senario politik yang bergolak di bumi Kenyalang saat ini, bukanlah perkara baru namun pihak kepimpinan BN negeri menganggap rakyat tidak sensetif dengan pembangunan, sehingga keadaan semakin parah yang sukar diubati. Pembanguanan sepatutnya dilaksana bebarapa dekat lalu, bukan semasa pilihan raya, kerana rakyat Sarawak mulai sedar.Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-91969556680543120042011-04-07T11:42:00.003+08:002011-04-21T15:01:28.520+08:00Tahap Kesedaran Kebersihan Warga KK Masih Rendah.Walaupun usaha demi usaha Datuk Bandar Kota Kinabalu Ybhg Datuk Abidin Madingkir yang hanya kurang dua bulan dilantik sebagai Datuk Bandar untuk mempastikan bahawa bandar Kota kinabalu sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat didiami, tetapi masih ada sebilangan kecil warga kota tidak peka terhadap saranan tersebut.

Semasa saya sedang memandu dari Likas ketempat kerja menuju ke bandar KK pada 6hb April, lebih kurang jam 7:45 pagi, terdapat sebuah kenderaan jenis mewah dihadapan saya yang bernombor SAA525x berhenti dilampu isyarat simpang empat dari Luyang ke Stadium Likas telah membuang tisu (kertas) dari kenderaan beliau. Bayangkan saja orang yang mempunyai kedudukan dan mewah membuang sampah dimerata-rata tempat dengan sesuka hati, bagaimana pula kita cuba mendisplinkan orang kampung yang hanya baru masuk bandar tidak tahu menahu peraturan atau undang-undang dalam bandar, apakah kita akan menghukum mereka (mendanda)? .

Persoalannya sekarang bukan orang bandar atau kampung atau orang kaya atau orang miskin, tetapi tahap kesedaran kebersihan masih rendah dikalangan warga kota. Apa pun alasan mereka mengenai kebersihan bandar kota kinabalu, namun tanggungjawab kebersihan ini bukan diletakkan keatas bahu datuk bandar seorang sahaja, malahan warga kota harus bertanggungjawab dan menyokong hasrat Datuk bandar supaya bandar kota kinabalu sentiasa mesra alam. Disamping menunjukkan kepada para pengunjung samada dari dalam maupun luar negeri, bahawa warga kota mempunyai displin yang baik demi menjaga keindahan bandar raya kita.

Untuk mempastikan bandara raya kita bersih, pihak institusi pendidikan tinggi dan sekolah dipelbagai peringkat disekitar bandar kota kinabalu perlu mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran sivik kepada pelajar - pelajar, dan begitu juga persatuan - persatuan NGO mengambil langkah yang sama, agar usaha murni mereka dapat membantu sedikit sebanyak tahap kesedaran kebersihan bandar kita.

Hukuman yang dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab membuang sampah tidak akan dapat memberi kesan jangka panjang untuk memelihara suasana bandar yang bersih, namun kesedaran dan perubahan minda kita terhadap sesuatu yang baik dan membina masyarakat yang komited terhadap kebersihan akan membuahkan hasil jangka panjang.

Agensi - agensi kerajaan dan swasta perlu mengambil bahagian untuk menaja (sponsor) kawasan - kawasan atau taman - taman, yang akan menjadi program anak angkat setiap sudut dalam bandar, supaya ia menjadi satu projek atau program yang di kawalsalia oleh agensi mereka agar kebersihan taman tersebut dijamin berterusan.Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-48445350187050244242011-04-05T12:33:00.004+08:002011-04-07T08:56:33.449+08:00Tahniah SPRM
Tindakan SPRM membongkar serta mengambil tindakan terhadap beberapa Pegawai kanan Kastam yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa mengakibatkan unsur-unsur rasuah, patut diberi pujian. Kerugian kerajaan sehingga berbilion ringgit merupa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan jenayah perdagangan berprofil tinggi yang tidak seharusnya dilakukan oleh penjawat awam yang telah diberi amanah oleh kerajaan.

Bayangkan sahaja penangkapan seramai lebih 60 orang pegawai kanan kastam melalui operasi besar-besaran yang dilakukan oleh SPRM dengan kerjasama LHDN, Polis dan agensi-agensi penguatkuasa lain. Sikap penjawat awam ini seolah-olah tidak lagi bermaruah sama sekali. Usaha SPRM perlu mendapat sokongan sepenuhnya dari pelbagai masyarkat agar negera kita bersih dari anasir-anasir rasuah.

Perbuatan rasuah bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, namun ia juga perbuatan haram dan jijik dalam ajaran agama masyarakat masing-masing. Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik untuk menukar atau menggantung para pegawai penguatkuasa yang terlibat dengan tujuan untuk memulihkan intigeriti jabatan yang telah tercemar.

Tindakan ini bukan sahaja terhad kepada jabatan kastam semata-mata, tetapi dimana sahaja agensi-agensi yang sering terdedah terhadap aktiviti rasuah perlu diambil perhatian. Pengistharan harta pegawai - pegawai yang terdedah haruslah diwartakan supaya keyakinan dan pandangan masyarakat tidak terpesong.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-13008925286741157062011-04-05T11:11:00.005+08:002011-04-07T08:52:41.929+08:00Mampukah Pembangkang Tawan Sarawak?Walaupun pada mulanya pakatan pembangkang Sarawak beria-ia benar untuk berkerjasama menumbangkan kerajaan BN Sarawak dalam pilihan raya umum negeri, yang hanya berbaki 10 hari lagi, namun masih belum ada sepakatan dari parti - parti yang terlibat.

Kegairahan PKR untuk meletakkan calon mereka di 49 kawasan DUN, yang mana terpaksa bertembung di 25 kawasan DUN dengan parti kebangsaan Sarawak ( SNAP ) yang merupakan rakan pembangkang negeri, telah menunjukkan masa depan mereka semakin malap untuk menerajui kerajaan Sarawak pada malam 16 April 2011.

Bagi DAP, kemungkinan mereka mempunyai peluang yang baik yang mana mereka menumpukan kawasan bandar, dimana hanya meletakkan calon di 15 kawasan DUN terutama dikawasan bandar yang didominasi oleh masyarakat cina yang mempunyai sentimen yang berlainan, jika dibandingkan kaum bumiputera diluarbandar yang kehausan pembangunan. Kita juga melihat perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan parti BN negeri yang mana mengemukakan seramai 18 orang muka baru daripada bilangan calon seramai 71 orang, telah menunjukkan satu transasi parti tersebut untuk mengekalkan populariti bagi mengulangi kejayaan masa lalu.

Saya boleh katakan bahawa BN telah berhati-hati dalam memilih calon mereka untuk memestikan setiap calon yang diletakkan akan menang. Sebagai contoh kawasan DUN Ba' Kelalan yang diwakili YB Nelson Balang Rining dari parti SPDP (BN) yang kurang cermalang sepanjang perkhadmatan sebagai wakil rakyat setelah menggantikan mendiang Dr Judson Sakai Tagal yang terlibat dalam nahas kapal terbang, kini diketapikan dan diganti oleh seorang peguam muda Encik Willie liaw seorang suku Lunbawang yang merupakan ketua pemuda SPDP Ba' Kelalan.

Percaturan SPDP (BN) kawasan Ba' Kelalan adalah penting disebabkan mereka terpaksa berhadapan Pengerusi perhubungan PKR negeri Sarawak Encik Baru Bian, seorang peguam yang tidak asing lagi bagi masyarakat Lunbawang dikawasan tersebut. Beliau merupakan seorang hero yang tampil untuk mempertahan hak tanah adat, dan ramai yang menjangka cubaan beliau kali ketiga mengadu nasib untuk bertanding akan memihak kepada beliau kali ini.

Beberapa minggu lalu saya sempat berkunjung ke daerah Lawas yang merupakan pekan tempat masyarakat Lunbawang membeli belah dan juga pusat pentadbiran kawasan DUN Ba' Kelalan, kedengaran suara - suara suasana kempen sudah bermula, kerana ada yang berbisik pilihan raya kali ini akan memihak kepada Encik Baru Bian. Apa pun yang berlaku pada 16 April 2011, kemungkinan untuk mengubah landskap politik negeri Sarawak adalah amat sukar, kerana rakyat bumiputera negeri Sarawak masih memerlukan kerajaan BN untuk terus membangun selaras dengan kosep 1Malaysia yang dilaung-laungkan Datuk Seri Najib Abdul Razak selaku perdana menteri Malaysia.

Alasan yang lain rakyat bumiputera Sarawak masih belum keterbukaan untuk menerima parti yang berpusat dari semananjung, kerana parti yang dipimpin oleh Tan Sri Taib Mahmud adalah parti yang berasaskan lokal PBB, SUPP, SPDP dan PRS merupakan jenama Sarawak, tidak seperti negeri Sabah dengan kehadiran UMNO. Kalau pun rakyat Sarawak ingin mengubah landskap politik Sarawak dalam pilihan raya kali ini , maka perubahan secara dalaman dengan mengalihkan undi mereka kepada SNAP untuk menafikan penguasaan 2/3 BN dalam DUN Sarawak kemungkinan boleh berlaku.Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-13725439315527220832011-03-17T11:29:00.004+08:002011-04-07T08:47:02.834+08:00Keputusan Ketua Menteri Sabah - Tepat
Keputusan Datuk Seri Musa Aman selaku ketua Menteri Sabah untuk membuat rombakan kecil yang mengugurkan Datuk Peter Pang En Yin dari jawatan timbalan ketua menteri adalah tepat. Ini bermakna mana-mana pihak tidak lagi mempersoalkan kedudukan Datuk Peter Pang yang memagang jawatan tersebut selama lebih kurang enam bulan, walaupun beliau keluar meninggalkan parti LDP untuk menyertai parti Gerakan, parti yang berpusat di semananjung. Dari segi rasionalnya jawatan timbalan ketua menteri kuota masyarakat Cina sudah semestinya akan dipulangkan kepada parti asal iaitu LDP. Justeru, terpulang kepada propragatif ketua menteri untuk melantik pengisian jawatan tersebut, setelah mendapat pandangan kabinat negeri Sabah.

Walaubagai manapun, saya berpendapat kalantangan sebahagian ahli senior dalam parti LDP untuk menyuarakan pandangan dan kritikan kepada pucuk kepimpinan negeri tidak sepatutnya dianggap biadap kerana kita harus melihat kedudukan dan keikhlasan parti LDP yang diterajui mantan president parti Tan Sri Chong kah kiat pada mula penyertaan dalam BN sebelum parti lain menyertai komponan BN pada ketika itu. Saya masih ingat LDP menjadi komponan BN hanya mempunyai 7000 ahli, dan cuba kita lihat kembali hingga hari ini mereka masih anggota BN, walaupun ada setengah pihak dalam komponan itu sendiri tidak senang sikap pemimpin kanan LDP.

Kemasukan Gerakan kenegeri Sabah dan menguasai tiga kawasan dewan undangan negeri, bukanlah atas kemenangan parti tersebut, tetapi kerusi yang dimenangi oleh wakil mereka adalah hasil melompat tanpa melalui suasana keperitan pilihan raya seperti yang dihadapi oleh LDP, yang mengalami pelbagai rintangan. justeru, saya percaya tidak semudah itu wakil Gerakan di Sabah untuk mengekalkan kerusi mereka akan datang. Masyarakat Cina di Sabah perlu mengambil iktibar apa yang berlaku kepada parti Gerakan di Semananjung Malaysia terutama di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008, dimana Ketua Menteri Pulau Pinang selaku President Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon tumbang kepada DAP, kini memagang jawatan menteri persekutuan setelah dilantik sebagai senator.
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6400648452326953067.post-2503995230284278852011-03-16T19:23:00.006+08:002011-04-07T08:49:25.461+08:00Usaha Parti Pembangkang Sarawak Akan Gagal, Jika....
Memandangkan kerajaan negeri Sarawak bakal dibubarkan dalam masa yang terdekat untuk membolehkan pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa, sebelum tampoh kerajaan negeri berakhir bulan julai tahun ini. Maka terdengar suara begitu nyaring dari pihak parti pembangkang yang terdiri PKR, DAP,PAS, PCM dan SNAP, yakin meraih kerusi untuk menumbangkan kerajaan BN yang telah mengemudikan negeri ini beberapa dekad lalu.

Apa pun alasan mereka berdasarkan tuduhan yang dilimparkan terhadap Ketua Menteri Sarawak yang mengetuai kerajaan BN selama 30 tahun lalu, namun masih banyak lagi boleh diperkatakan, bahawa pihak parti pembangkang masih terdapat kepincangan yang berlaku diantara parti tersebut untuk menghadapi BN dalam pilihan raya umum negeri akan datang ini. Oleh kerana bilangan kerusi dewan undangan negeri yang berjumlah 71 kerusi yang bakal dipertandingkan, jelas menunjukkan diantara parti pembangkang ini telah menunjukkan ketamakan mereka cuba membolot seberapa banyak kerusi yang akan mereka tandingi, tanpa ada kesepakatan diantara mereka sebelum membuat penagagihan kerusi secara muktamad.

Pengumuman ketua perhubungan PKR Sarawak Encik Baru Bian, yang mana PKR akan bertanding sebanyak 52 kerusi, dan disusuli oleh pengumuman parti SNAP Encik Edwin Dundang, akan bertanding 16 kerusi daripada 40 kerusi yang mereka idam-idamkan, telah menunjukan mereka belum berunding dimeja bulat untuk bekerjasama menghadapi BN dan seterusnya menumbang parti BN dalam pilihan raya akan datang ini. Bagaimana pula parti DAP,Parti Cinta Malaysia (PCM) dan PAS, adakah mereka tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya ini nanti?. Kedengaran juga ura-ura parti SNAP akan keluar dari pakatan pembangkang, jika seandainya tidak ada persefahaman untuk menghadapi BN dalam pilihan raya ini dari segi pembahagian kerusi yang tidak seimbang dikalangan mereka.

Melihat senario politik Sarawak masakini terutamanya dikalangan parti pembangkang, boleh dikatakan usaha mereka akan gagal, jika sekiranya kesemua parti pembangkang masih tidak dapat duduk bersama bagi menyusun strategi untuk menawan Sarawak dari BN. Kita akan menyaksikan sekali lagi dalam pilihan raya negeri akan datang ini, dimana parti pembangkang akan bersaing diantara satu sama lain untuk meraih undi dan berlakulah pertandingan 3 hingga 6 penjuru dalam sesuatu kawasan DUN yang dipertandingkan, yang mana lebih menguntung calon BN yang bertanding.

Selain isu-isu hangat yang dilemparkan terhadap ketua menteri yang sering dibangkitkan oleh pakatan pembangkang, isu tanah NCR juga menjadi topik yang begitu menonjol, namun saya percaya walaupun isu ini boleh menarik perhatian para pengundi, tetapi pakatan pembangkang tidak berjaya meyakinkan pengundi luar bandar kerana masyarakat luarbandar masih hauskan pembangunan.

Soal pakatan pembangkang Sarawak pula, jelas menunjukkan bahawa hanya parti SNAP merupakan produk tempatan jika dibandingkan parti - parti lain yang berpusat di Semenanjung sedangkan BN yang menerajui kerajaan negeri Sarawak adalah produk asli tempatan yang lebih arif untuk menangani permasalahan rakyat jelata. Kalau pun mereka sudah muak dengan corak pemerintahan pucuk pemipinan kerajaan negeri, sepatutnya mereka tidak seharusnya mengimport produk luar, tetapi harus mencari jalan penyelasaian untuk mengukuhkan serta mempertahan hak-hak rakyat melalui parti produk tempatan. Apa yang kita khuatir seperti bak kata pepatah " Marahkan nyamuk, kelambut dibakar"
Patrick Sadomhttp://www.blogger.com/profile/05878220367354555328noreply@blogger.com0